Kes video tular Ketua Pengarah AKPS, Mohd Shuhaily Mohd Zain.
Mahkamah Majistret Sepang hari ini mengeluarkan perintah larangan bersuara atau ‘gag order’ terhadap semua pihak terlibat dalam kes Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Mohd Shuhaily Mohd Zain, yang berdepan dua pertuduhan mencederakan anggota polis.
Perintah itu melarang pihak pembelaan, pendakwaan serta peguam pemerhati mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mempengaruhi atau menjejaskan perjalanan perbicaraan sehingga kes diputuskan.
Bagaimanapun, media masih dibenarkan membuat laporan berkaitan prosiding mahkamah.
Peguam bela Mohd Shuhaily, Rosal Azimin Ahmad, berkata permohonan itu dibuat bagi memastikan anak guamnya mendapat perbicaraan yang adil tanpa sebarang kenyataan bersifat subjudis atau prejudis.
“Perintah larangan ini mengikat pihak pembelaan, pendakwaan serta peguam pemerhati daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan perbicaraan sehingga kes diputuskan.
“Permohonan ini dibuat agar anak guam mendapat perbicaraan adil dan kita harap semua pihak men, ghormati keputusan mahkamah,” katanya kepada media selepas prosiding hari ini.
Dalam perkembangan sama, Majistret Khairatul Animah Jelani menetapkan 23 Disember depan bagi sebutan semula kes selepas pihak pembelaan mengesahkan menerima dokumen berkaitan kes daripada pihak pendakwaan.
Pihak pembelaan sebelum itu memohon supaya pengurusan kes ditetapkan pada 20 Januari tahun depan bagi memberi ruang meneliti dokumen berkenaan.
Bagaimanapun, mahkamah menetapkan tarikh lebih awal selaras keperluan pengurusan kes dalam tempoh 60 hari daripada tarikh sebutan pertama.
Pada 21 Oktober lalu, Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis, Mohammad Faiz Muhamad Saman, 40, dan Muhammad Ekmal Sofwan Dirman, 25.
Kesalahan itu didakwa berlaku berhampiran Kaunter J, Aras 5, Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), antara jam 1.27 tengah hari hingga 1.35 tengah hari pada 28 September lalu.
Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Mahkamah sebelum ini membenarkan Mohd Shuhaily diikat jamin RM3,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin.
Ibu bapa wajib hadir ketika Bantuan Awal Persekolahan RM200 diagihkan
192,869 kes scam, lebih RM7 bilion wang rakyat lesap
Dua lelaki gagal cabar keputusan kerajaan mansuh subsidi diesel
MCMC perkukuh pertahanan siber, jalin kerjasama dengan NACSA
MCMC saman Google RM600 juta isu kandungan berbahaya di YouTube
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib