Kerajaan pertimbang namakan jalan di KL sempena A Samad Said

November 25, 2026 · Isu semasa

Kerajaan akan meneliti cadangan menamakan salah sebuah jalan di ibu negara sempena Sasterawan Negara, Allahyarham A Samad Said sebagai penghargaan terhadap sumbangan besar tokoh itu dalam bidang kesusasteraan dan perjuangan masyarakat.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, cadangan itu dikemukakan tokoh wartawan, A Kadir Jasin, sebagai satu bentuk penghormatan terhadap jasa Allahyarham yang bukan sahaja dikenali sebagai penulis tersohor, malah turut lantang memperjuangkan hak rakyat.

Beliau berkata, beberapa cadangan lain turut boleh dipertimbangkan bagi memastikan legasi dan sumbangan Allahyarham terus dikenang oleh masyarakat.

“Jadi, nanti insya-Allah kita akan teliti beberapa cadangan ini. Tetapi, bagi saya yang paling penting ialah kita menghayati karya-karya dan Allahyarham juga seorang pejuang hak rakyat. Hal ini tidak harus kita lupakan,” katanya selepas menziarahi jenazah Allahyarham di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, hari ini.

Selain penamaan jalan, Fahmi turut mencadangkan supaya sebuah galeri diwujudkan bagi menghimpunkan serta mempamerkan karya dan perjalanan hidup tokoh sastera berkenaan.

Menurutnya, karya agung Allahyarham perlu dipopularkan semula supaya lebih dekat dengan generasi muda, khususnya Gen Z dan Gen Alpha.

“Karya-karya agung Allahyarham wajar kita lihat kaedah untuk dipopularkan semula. Karya beliau masih popular, namun perlu diperkenalkan kepada generasi muda,” katanya.

Fahmi turut memaklumkan beliau sudah berbincang dengan anak Allahyarham mengenai keperluan keluarga meneliti aspek hak cipta serta usaha memastikan karya penulisan Allahyarham terus dipelihara.

Allahyarham A Samad Said meninggal dunia pada 6.10 petang semalam di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas menerima rawatan akibat sakit tua. Beliau turut menghidap diabetes.

Pemergian Allahyarham menyaksikan negara kehilangan seorang tokoh besar kesusasteraan Melayu yang sekian lama menyumbang kepada perkembangan dunia penulisan, puisi dan pemikiran masyarakat.

Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq dengan kehadiran ratusan ahli keluarga, rakan penggiat seni dan orang ramai sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Berita berkaitan
Infrastruktur digital negara perlu diperkukuh hadapi ancaman kuantum: Fahmi
November 25, 2026· Isu semasa
MCMC perkukuh pertahanan siber, jalin kerjasama dengan NACSA
3 jam lalu· Isu semasa
MCMC saman Google RM600 juta isu kandungan berbahaya di YouTube
3 jam lalu· Isu semasa
Dari permainan ke aplikasi sembang, bagaimana pemangsa memperdaya kanak-kanak
6 jam lalu· Rencana
Lagi Isu semasa terkini
Ibu bapa wajib hadir ketika Bantuan Awal Persekolahan RM200 diagihkan
2 jam lalu · Isu semasa
192,869 kes scam, lebih RM7 bilion wang rakyat lesap
2 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah larang pihak terlibat ulas kes Shuhaily
3 jam lalu · Isu semasa
Dua lelaki gagal cabar keputusan kerajaan mansuh subsidi diesel
3 jam lalu · Isu semasa
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
16 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok