Dakwa dinafikan hak membela diri, Inspektor Sheila saman Ayob Khan dan PDRM

20 jam lalu · Isu semasa

Bekas pegawai polis, Sheila Sharon Steven Kumar atau lebih dikenali sebagai Inspektor Sheila, memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keputusan memecatnya daripada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Permohonan itu difailkan pada 29 Oktober lalu melalui Tetuan M Manoharan & Co dengan menamakan bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Ayob Khan Mydin Pitchay, lembaga tatatertib PDRM serta suruhanjayanya dan kerajaan sebagai responden.

Dalam afidavit sokongannya, Sheila mendakwa pemecatannya pada 3 Ogos lalu dibuat tanpa memberinya peluang sewajarnya untuk membela diri terhadap empat pertuduhan tatatertib.

Menurutnya, dia tidak pernah menerima surat tunjuk sebab atau sebarang notis berkaitan empat pertuduhan berkenaan sebelum dimaklumkan mengenai keputusan pemecatan.

“Saya tidak pernah menerima atau diserahkan sebarang surat tunjuk sebab atau notis tindakan tatatertib berhubung empat pertuduhan itu sebelum menerima surat pada 3 Ogos tahun ini,” katanya.

Sheila mendakwa keadaan itu menyebabkan dia tidak mengetahui secara khusus kesalahan yang dituduh terhadapnya, sekali gus menafikan peluang untuk menyediakan pembelaan.

Bagi 19 pertuduhan tatatertib lain pula, Sheila berkata dia menerima surat tunjuk sebab pada 3 April 2024 dan mengemukakan representasi pada 23 April tahun sama.

Bagaimanapun, dia mendakwa representasi itu tidak dipertimbangkan walaupun dokumen berkenaan diterima oleh Pejabat Pendaftaran Siasatan Jenayah Komersial pada 24 April 2024.

“Saya amat terkejut apabila menerima notis hukuman tatatertib yang menyatakan responden tidak menerima representasi saya, walaupun pejabat berkenaan sebenarnya menerimanya,” katanya.

Dia turut mendakwa tidak diberikan peluang menghadiri pendengaran secara bersemuka, menyoal balas saksi atau mengemukakan dokumen bagi mempertahankan dirinya.

Menurut Sheila, keputusan pemecatan itu turut memberi kesan besar terhadap kehidupan dan kerjaya profesionalnya kerana kehilangan pekerjaan serta sumber pendapatan.

Sehubungan itu, dia memohon mahkamah mengisytiharkan keputusan pemecatan berkenaan batal, tidak sah dan menyalahi undang-undang.

Antara tuntutan lain ialah perintah supaya dia dikembalikan ke jawatan Inspektor tanpa penurunan pangkat, selain pembayaran tunggakan gaji, elaun, bonus dan segala faedah kewangan yang layak diterimanya.

Dia turut menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan serta kos guaman.

Terdahulu, Hakim Indra Nehru membenarkan permohonan kebenaran Sheila untuk meneruskan prosiding semakan kehakiman itu selepas peguamnya, M Manoharan, memaklumkan terdapat merit dalam permohonan berkenaan yang memerlukan penelitian lanjut.

Pihak responden yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Solehudin Zaki, tidak membantah permohonan kebenaran tersebut.

Bagaimanapun, mahkamah belum menetapkan tarikh bagi pendengaran substantif semakan kehakiman itu.

Sheila mula berkhidmat dalam PDRM pada 2016 dan pemecatannya pada Ogos lalu kini menjadi pertikaian undang-undang yang bakal ditentukan melalui proses mahkamah.

Berita berkaitan
Bekas Peguam Negara Abdul Gani Patail meninggal dunia
November 27, 2026· Isu semasa
Pendakwaan persoal transaksi RM25.3 juta dalam akaun Bersatu
19 jam lalu· Politik
Najib tidak teruskan rayuan saman terhadap bekas Peguam Negara
20 jam lalu· Politik
Lebih 40,000 kandungan buli diturunkan, 55 kandungan jelik libatkan kanak-kanak
23 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
367,537 kandungan scam, akaun palsu dan deepfake dipadam
November 27, 2026 · Isu semasa
SPRM nafi pilih kasih, siasatan projek jalan KKDW masih berjalan
November 27, 2026 · Isu semasa
Ancaman siber jadi fokus Dasar Keselamatan Negara baharu: PMX
18 jam lalu · Isu semasa
NEXSEC2026 himpun 1,500 peserta, perkasa bakat keselamatan siber
18 jam lalu · Isu semasa
Malaysia terus runding AS, mahu kekalkan tarif maksimum 19%: Johari
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok