Ancaman siber jadi fokus Dasar Keselamatan Negara baharu: PMX

18 jam lalu · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2026-2030 yang memberi penekanan kepada kesiapsiagaan negara menghadapi ancaman keselamatan baharu, khususnya dalam aspek keselamatan siber dan teknologi.

Dasar baharu itu menjadi hala tuju strategik kerajaan bagi memperkukuh keselamatan serta mempertahankan kedaulatan negara untuk tempoh lima tahun akan datang, mengambil kira perubahan landskap geopolitik dan ancaman tradisional serta bukan tradisional yang semakin kompleks.

Anwar berkata, pendekatan keselamatan negara perlu berubah seiring perkembangan teknologi kerana ancaman hari ini bukan lagi terhad kepada konflik ketenteraan antara negara.

Sebaliknya, ancaman turut melibatkan serangan siber terhadap sistem kewangan, pertahanan dan infrastruktur kritikal yang boleh menjejaskan kestabilan negara.

“Dasar keselamatan negara ini mengambil kira pandangan dasar yang lalu tetapi saya rasa kekuatannya ialah dapat menjangka dan cuba menangani permasalahan dan cabaran baharu,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran DKN 2026-2030 hari ini.

Beliau berkata, kerangka dasar keselamatan yang dirancang untuk tempoh lima tahun masih relevan, namun perlu dinilai secara berterusan bagi memastikan keberkesanannya.

“Kalau dulu kita boleh sediakan satu kerangka dasar untuk lima tahun, 10 tahun. Sekarang kerangka itu masih wajar dipertahankan untuk lima tahun tetapi harus dikaji setiap masa,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta kementerian berkaitan meneliti keperluan mewujudkan unit baharu bagi meningkatkan keupayaan negara dalam bidang keselamatan siber, selain memperkukuh penyelarasan antara agensi.

Anwar turut menekankan kepentingan membangunkan kepakaran khusus dengan memberi latihan dan pendedahan kepada pegawai muda di institusi terbaik dunia.

DKN 2026-2030 merupakan kesinambungan kepada DKN 2021-2025 yang berteraskan konsep Keselamatan Menyeluruh (COMSEC).

Dalam dasar terbaharu itu, sembilan Nilai Teras Keselamatan Negara sebelum ini disusun semula kepada 10 Bidang Tumpuan Strategik (BTS), termasuk pengenalan bidang khusus Keselamatan Siber dan Teknologi.

Kerajaan turut menggariskan 30 strategi bagi menangani 53 isu, cabaran dan ancaman keselamatan yang dikenal pasti.

Pelaksanaan dasar itu akan diselaraskan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri bersama kementerian dan agensi berkaitan, dengan penglibatan sektor swasta serta masyarakat.

Kerajaan juga akan menggunakan Indeks Keselamatan Kebangsaan (IKK) untuk mengukur tahap keselamatan negara dan mengesan risiko lebih awal bagi membolehkan tindakan pencegahan diambil.

Berita berkaitan
367,537 kandungan scam, akaun palsu dan deepfake dipadam
November 27, 2026· Isu semasa
NEXSEC2026 himpun 1,500 peserta, perkasa bakat keselamatan siber
18 jam lalu· Isu semasa
Lebih 40,000 kandungan buli diturunkan, 55 kandungan jelik libatkan kanak-kanak
23 jam lalu· Isu semasa
99.5 peratus sekolah seluruh negara sudah diliputi rangkaian 4G
23 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Bekas Peguam Negara Abdul Gani Patail meninggal dunia
November 27, 2026 · Isu semasa
SPRM nafi pilih kasih, siasatan projek jalan KKDW masih berjalan
November 27, 2026 · Isu semasa
Malaysia terus runding AS, mahu kekalkan tarif maksimum 19%: Johari
20 jam lalu · Isu semasa
Dakwa dinafikan hak membela diri, Inspektor Sheila saman Ayob Khan dan PDRM
20 jam lalu · Isu semasa
KDN buru individu berprofil tinggi dalam sindiket dadah TUDM
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok