Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bersama Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai dan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet semasa rundingan gencatan senjata pada Julai lepas.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memuji langkah diambil Malaysia dalam memastikan kejayaan rundingan antara dua negara bertelagah Thailand dan Kemboja baru-baru ini, kata Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri memberitahu sebanyak tiga kali Presiden Trump memuji dengan ucapan fantastic work’ susulan peranan dimainkan Malaysia dalam mencapai gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja.
“Dengan Amerika Syarikat, antara perkara yang disebut pertamanya oleh Presiden Donald Trump apa dia, dia kata Perdana Menteri Anwar ‘fantastic work’, dia guna istilah ‘fantastik’ tiga kali.
“Iaitu kerana kejayaan kita membawa negara Thai dan Kemboja berpakat untuk menyelesaikan dan mencapai gencatan senjata, keamanan yang sukar diperolehi dimana-mana tempat lain,” kata Anwar semasa berucap pada Karnival Mega 3 Dimensi 2025 (MK3D 2025) di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini.
Anwar berkata susulan kejayaan Malaysia sebagai pihak ketiga dalam rundingan Thailand dan Kemboja itu menyaksikan nama negara harum di mata dunia kerana berjaya menyatukan negara rantau Asean daripada terjebak dalam konflik tidak sepatutnya.
“Percubaan pertama kurang berjaya, Presiden Trump telefon, negara China cuba, ada kejayaan sedikit… maka Malaysia, Kementerian Luar, Panglima Angkatan Tentera semua cuba berusaha… setuju PM Thai dan PM Kemboja datang, dalam tempoh dua jam setengah Alhamdulillah tercapai persetujuan.
“Nama Malaysia harum di dunia, dari Washington ke London, Asean orang bicara tentang kejayaan negara Malaysia untuk mempersatukan Asean dan mencapai perdamaian dan kemajuan untuk semua,” ujarnya lagi.
Ketegangan sempadan antara Thailand dan Kemboja tercetus dengan insiden tembak-menembak yang singkat pada 28 Mei lepas sebelum memuncak kepada konflik bersenjata pada 24 Julai.
Setakat 26 Julai, pertempuran antara kedua-dua negara berjiran itu telah meragut sekurang-kurangnya 32 nyawa dan memaksa sehingga 200,000 penduduk berpindah dari kawasan sempadan yang terjejas.
Namun, usaha berterusan untuk meredakan krisis itu akhirnya membuahkan hasil melalui rundingan secara bersemuka di Putrajaya pada Isnin lepas.
Aminuddin gesa tindakan tegas terhadap pihak hina institusi diraja
CTPR: MCMC perkukuh kapasiti kawal selia digital Malaysia, ASEAN
Jangan heret istana dalam politik : Istana Negeri Sembilan
Ringgit dibuka tinggi menjelang PRN Negeri Sembilan: Bernama
Tiada pemimpin boleh hina mana-mana kaum, PM ingatkan Sanusi
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat
[VIDEO] Khaled Nordin lekeh Bersatu macam budak-budak, banyak mana pengalaman dia dengan saya?