Rundingan Damai Thai-Kemboja: Malaysia dipilih kerana politik, ekonomi stabil

August 3, 2025 · Isu semasa

Thailand dan Kemboja memilih Malaysia sebagai lokasi rundingan damai kerana keyakinan terhadap kestabilan politik serta kemajuan ekonomi negara, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata sebagai negara sahabat, Malaysia berbangga dapat membantu menyelesaikan konflik antara kedua-dua negara Asia Tenggara itu sekali gus memastikan rantau ini terus aman dan stabil.

“Kita bangga sebagai negara sahabat, kejayaan Malaysia menyelesaikan perang antara dua negara. Bayangkan, mereka setuju di Kuala Lumpur. Kali pertama kita dapat damaikan peperangan dua negara di Kuala Lumpur,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2025 di Kota Kinabalu, Sabah hari ini.

Anwar berkata Menteri Pertahanan Kemboja Jeneral Tea Seiha dan Pemangku Menteri Pertahanan Thailand Jeneral Natthaphon Narkphanit dijangka tiba di Kuala Lumpur esok, bagi mengadakan perbincangan terperinci dalam usaha mencari penyelesaian konflik yang melanda kedua-dua negara itu.

Ketegangan sempadan antara Thailand dan Kemboja tercetus dengan insiden tembak-menembak yang singkat pada 28 Mei lepas sebelum memuncak kepada konflik bersenjata pada 24 Julai.

Setakat 26 Julai, pertempuran antara kedua-dua negara berjiran itu telah meragut sekurang-kurangnya 32 nyawa dan memaksa sehingga 200,000 penduduk berpindah dari kawasan sempadan yang terjejas.

Namun, usaha berterusan untuk meredakan krisis itu akhirnya membuahkan hasil melalui rundingan secara bersemuka di Putrajaya pada Isnin lepas.

Berita berkaitan
Anwar tegas martabatkan bahasa Melayu, perluas penguasaan bahasa asing
6 jam lalu· Isu semasa
PMX dedah 50 ekar bandar diisytihar tanah rizab Melayu, nafi abai Bumiputera
July 27, 2026· Politik
RCI Tabung Haji: Kerajaan buat keputusan Rabu ini
July 27, 2026· Isu semasa
MCMC perkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi Program MADANI Kita
July 25, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
560 kes kandungan memudaratkan berjaya diselesaikan MCMC
July 28, 2026 · Isu semasa
SPRM jejak dokumen pelaburan KWAP di tiga negara
2 jam lalu · Isu semasa
Polis panggil sanusi, pemimpin UMNO bantu siasatan
3 jam lalu · Isu semasa
Aminuddin gesa tindakan tegas terhadap pihak hina institusi diraja
24 jam lalu · Isu semasa
CTPR: MCMC perkukuh kapasiti kawal selia digital Malaysia, ASEAN
July 27, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
1 jam lalu
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok