Pemuda GRS gesa tolak BN daripada menyertai kerajaan negeri Sabah pimpinan Hajiji.
Anwar Ibrahim akan cuba memastikan rundingan dijalankan antara tiga parti gabungan di Sabah untuk mengelak pertembungan tiga penjuru semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
Perdana Menteri berkata usaha akan dijalankan bagi memastikan rundingan pembahagian kerusi dapat mencapai persetujuan antara Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
“Buat masa ini, kita sedang cuba untuk mencapai persetujuan agar tidak berlaku pertandingan tiga penjuru. Tetapi jika ia berlaku, nasihat kita adalah kemungkinan besar kita akan cuba untuk tidak menyertai pertandingan itu agar tidak mencetuskan terlalu banyak perpecahan.
“Namun, saya tidak mahu membuat andaian terlalu awal kerana niat kita adalah untuk memastikan wujudnya persefahaman secara menyeluruh,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sesi perjumpaan dengan pimpinan PKR pada Ahad.
Mengulas kemungkinan situasi itu mengelirukan pengundi, Anwar mengakui perkara tersebut boleh berlaku, khususnya di kawasan yang menyaksikan konflik tuntutan kerusi antara parti.
“Di sesetengah kawasan yang ada konflik seperti ini, saya yakin memang akan timbul kekeliruan. Sebab itu kita sudah sampaikan mesej kepada ketiga-tiga pihak – PH, BN dan GRS – bahawa keutamaan kita adalah untuk mencapai persefahaman,” katanya.
Tambah beliau, dunia politik sentiasa dipenuhi pelbagai kemungkinan, namun tidak semuanya mudah dicapai.
“Dalam politik, semuanya mungkin, tetapi kadang-kadang juga ia mustahil,” katanya.
Ditanya mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa kerjasama antara ketiga-tiga gabungan itu menyerupai ‘cinta tiga penjuru’, beliau membayangkan bahawa kerjasama itu pada dasarnya membawa kebaikan, namun tidak terlepas daripada cabaran dan perbezaan pendapat yang perlu ditangani dengan bijaksana.
“Cinta… cinta itu menyenangkan. Kadang-kadang ada sedikit luka, tapi itulah makna cinta,” katanya.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai jumlah kerusi yang bakal ditandingi PH pada PRN Sabah, beliau berkata perkara itu akan ditentukan oleh pasukan pilihan raya yang telah diberi tanggungjawab menguruskan rundingan pembahagian kerusi.
Rundingan jadi kunci redakan isu BN-PH di Negeri Sembilan: Zahid
Zahid tolak langkah ‘tebuk atap’ di Negeri Sembilan: Loke
Sayap pemuda DAP desak pecat Tok Mat, dakwa jejaskan kestabilan kerajaan
Keputusan 14 ADUN dihormati, namun sokongan kepada kerajaan Negeri Sembilan diteruskan
Krisis Negeri Sembilan isyarat jelas UMNO mahu bertanding solo PRU-16: Rafizi
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan