Dakwaan wang tak diaudit oleh Ketua Cabang Wangsa Maju hanya isu dalaman parti: Saifuddin

August 5, 2025 · Politik

Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan dakwaan dibuat oleh Ketua Cabang PKR Wangsa Maju, Lai Chen Heng yang tular sebelum ini hanya isu dalaman parti sahaja.

Menteri Dalam Negeri itu memberitahu Dewan Rakyat hari ini siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai dakwaan penerimaan dana tidak diisytihar oleh parti lebih menjurus kepada isu pengauditan dan pentadbiran dalaman PKR.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari yang meminta penjelasan berhubung perkembangan siasatan terhadap laporan polis di Kuala Kedah pada 22 Mei lalu, susulan video tular membabitkan Chen Heng.

Kandungan video tular yang memaparkan individu dipercayai Chen Heng, antara lain membuat beberapa dakwaan serius termasuk kononnya terdapat dana diterima untuk kegunaan parti yang tidak diaudit dan tidak dimasukkan ke dalam akaun rasmi kerana dikhuatiri dikesan sistem perbankan.

Saifuddin berkata, penilaian itu dibuat berdasarkan semakan dan siasatan awal yang dijalankan oleh pihak polis.

“Kandungan laporan tersebut lebih menjurus kepada isu pengauditan dalaman dan permasalahan pentadbiran dalam organisasi parti,” katanya dalam jawapan bertulis di laman rasmi Parlimen semalam.

Isu berkenaan mencetuskan gesaan daripada beberapa pihak termasuk wakil rakyat pembangkang agar PDRM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan menyeluruh terhadap dakwaan terbabit.

Sementara itu, Chen Heng sebelum ini menafikan dakwaan dalam video tersebut, menyifatkannya sebagai suntingan berniat jahat yang berlegar menjelang pemilihan parti.

Beliau turut menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

PKR dilaporkan telah memulakan siasatan dalaman dan menimbang tindakan tatatertib terhadap Cheng Heng namun sebarang keputusan rasmi ditangguhkan sehingga selesai Kongres Nasional parti itu pada Mei lalu.

Berita berkaitan
Cadangan tangguh PRN perlu dinilai secara realistik: Fuziah
1 jam lalu· Politik
Aktivis dan penyokong PKR berkumpul desak pengunduran Rafizi
22 jam lalu· Politik
PKR Tuaran desak Rafizi dipecat
April 20, 2026· Politik
DAP akan muktamadkan hala tuju politik semasa Kongres Khas 12 Julai
April 19, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Pendaftaran online: Ahli baharu UMNO cecah 3,700 dalam sehari
4 jam lalu · Politik
Fitnah isu takbir: MP PAS dan Harakah minta maaf kepada Menteri Pendidikan
21 jam lalu · Politik
Zahid tolak dakwaan PRN ditangguh kerana takut kalah
22 jam lalu · Politik
Rumah Bangsa berjaya tarik lebih ramai nama besar sertai UMNO: Zahid
April 19, 2026 · Politik
Tak perlu darurat tangguh PRN: Muhyiddin
April 19, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok