Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Malaysia akan terus memainkan peranan sebagai orang tengah dalam isu keamanan sempadan antara Thailand dan Kemboja berikutan permintaan rasmi kedua-dua negara jiran itu.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mendedahkan hasrat tersebut disampaikan secara langsung oleh Menteri-Menteri Pertahanan kedua negara dalam pertemuan hari ini.
“Kedua-dua pihak mahu Malaysia terus menyelaras usaha damai ini dan memberikan jaminan untuk mematuhi syarat-syarat gencatan senjata,” jelas Anwar selepas menghadiri Majlis Libat Urus Belanjawan 2026 di Kementerian Kewangan.
Beliau menekankan bahawa pemantauan akan dilaksanakan oleh atase pertahanan Asean dengan Malaysia sebagai penyelaras utama, tanpa memerlukan campur tangan menyeluruh oleh blok serantau itu.
Mengenai penglibatan kuasa besar, Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan China dan Amerika Syarikat tidak terlibat dalam proses pemantauan sempadan, walaupun menawarkan bantuan logistik jika diperlukan.
“Konflik sempadan ini adalah isu lama yang berlarutan ratusan tahun.
“Sebagai negara maritim, Malaysia juga mempunyai pengalaman mengurus pertikaian sempadan tanpa menjejaskan hubungan diplomatik,” ujarnya merujuk kepada kejayaan rundingan damai 28 Julai lalu.
Pada pertemuan tiga hala di Putrajaya bulan lalu, Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai telah bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta berhubung ketegangan di kawasan Preah Vihear yang mengakibatkan kematian seorang anggota tentera Kemboja pada Mei lalu.
Sempadan sepanjang 817 kilometer antara kedua negara itu masih menjadi isu pertikaian sejak puluhan tahun.
Malaysia pertama kali menjadi mediator dalam konflik ini pada 2011 di bawah mandat Asean.
Isu penutupan premis Jumaat: Polis rakam keterangan lima individu termasuk MP Kota Melaka
Shuhaily dipindah, kembali bertugas bersama PDRM? – Laporan
Universiti diingatkan kawal hiburan ketika konvokesyen: Zambry
Kerajaan sedia saluran alternatif jika MySiren gagal berfungsi
MCMC perkukuh tindakan terhadap jualan barangan terlarang dalam talian
[VIDEO] 13 platform e-dagang sepakat banteras jualan barangan terlarang
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib