PMX jangka Trump, Xi Jinping akan hadir ke Sidang Kemuncak Asean pada Oktober

August 8, 2025 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa empat tokoh dunia berpengaruh dijangka hadir ke Sidang Kemuncak Asean yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Oktober nanti, sekaligus menjadikannya pertemuan bersejarah di rantau ini.

Anwar berkata, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah mengesahkan kehadirannya, manakala Presiden China, Xi Jinping berkemungkinan besar turut serta.

Selain itu, Presiden Brazil, Lula da Silva, dan Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa – yang kini memegang jawatan Presiden BRICS dan G20 – juga dijangka menyertai sidang tersebut.

Menurut beliau, kehadiran pemimpin-pemimpin ini akan memberi impak besar kepada Asean, sekali gus mengangkat sidang kemuncak kali ini sebagai perhimpunan yang menghimpunkan pusat kuasa dan pengaruh utama dunia.

“Kita amat menantikan kehadiran ketua-ketua kerajaan Asean serta rakan dialog, termasuk Presiden Trump dan saya percaya Presiden Xi Jinping.

“Petunjuk positif turut diterima bagi kehadiran Lula da Silva dan Cyril Ramaphosa. Cabaran kita adalah memastikan mereka pulang dari Malaysia dengan membawa manfaat sepenuhnya kepada Asean,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Asean ke-58 hari ini.

Minggu lalu, Anwar mengumumkan pengesahan kehadiran Trump selepas berbual melalui telefon ketika pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 di Parlimen.

Sebelum itu, jemputan rasmi telah disampaikan kepada Trump melalui Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, yang melakukan kunjungan hormat ke Parlimen pada 10 Julai lalu.

Sidang Kemuncak Asean-AS dan Sidang Kemuncak Asia Timur dijadualkan berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober di Kuala Lumpur.

Hari Asean, yang disambut setiap 8 Ogos, memperingati penubuhan gabungan itu pada 1967 apabila Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand menandatangani Deklarasi Bangkok.

Ia bukan sekadar perayaan tahunan, tetapi simbol komitmen negara-negara Asia Tenggara terhadap keamanan, kemajuan, dan perpaduan serantau, selain mencerminkan aspirasi kolektif dalam pembangunan ekonomi, kerjasama mendalam, dan identiti bersama berteraskan saling menghormati.

Malaysia, sebagai Pengerusi Asean 2025, dijangka meneruskan siri dialog peringkat tinggi, mesyuarat menteri, dan program pertukaran budaya sepanjang baki tempoh kepengerusian bagi memperkukuh matlamat Wawasan Komuniti Asean 2045.

Berita berkaitan
Isu seludup dadah TUDM: Anwar gesa jangan lindungi pengkhianat dalam pasukan keselamatan
8 jam lalu· Isu semasa
Malaysia perlu tingkat kewaspadaan keselamatan: Anwar
8 jam lalu· Isu semasa
Kemelut politik tak jejas projek pembangunan di Negeri Sembilan: Anwar
November 28, 2026· Politik
Pengurusan institusi kerajaan perlu bebas pengaruh politik: Anwar
November 28, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Isu penutupan premis Jumaat: Polis rakam keterangan lima individu termasuk MP Kota Melaka
6 jam lalu · Isu semasa
Shuhaily dipindah, kembali bertugas bersama PDRM? – Laporan
6 jam lalu · Isu semasa
Universiti diingatkan kawal hiburan ketika konvokesyen: Zambry
6 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sedia saluran alternatif jika MySiren gagal berfungsi
6 jam lalu · Isu semasa
MCMC perkukuh tindakan terhadap jualan barangan terlarang dalam talian
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] 13 platform e-dagang sepakat banteras jualan barangan terlarang
7 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok