Jenazah Zara Qairina akan digali semula segera, keadilan akan ditegakkan: Saifuddin

August 9, 2025 · Isu semasa

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan segera menggali semula kubur Zara Qairina Mahathir bagi melengkapkan siasatan berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu itu.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, memaklumkan langkah tersebut dilaksanakan mengikut arahan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang dikeluarkan semalam.

“Polis akan melaksanakan keputusan ini. Saya telah menerima taklimat daripada Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail, pagi tadi bahawa pihak polis akan segera melaksanakan prosedur yang diperlukan,” jelasnya semasa sidang media hari ini.

Beliau menegaskan bahawa polis akan mengemas kini siasatan dan mengumpul semua bukti yang relevan.

“Dalam melaksanakan tugas ini, polis akan memastikan prinsip keadilan ditegakkan tanpa kompromi. Kita perlu berlaku adil kepada semua pihak, termasuk keluarga arwah dan pihak sekolah,” katanya.

Kenyataan itu disampaikan selepas Majlis Perasmian Ijtimak Madani Ulama dan Guru Pondok Kelantan 2025 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Machang, yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Saifuddin Nasution turut memberi jaminan bahawa pihaknya akan memaklumkan perkembangan terkini kes ini kepada orang ramai dari semasa ke semasa.

Semalam, AGC dalam kenyataannya memutuskan bahawa jenazah Zara Qairina perlu digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan.

AGC berpendapat bahawa siasatan lanjut diperlukan untuk memastikan semua aspek kes disiasat secara menyeluruh.

Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai lepas.

Pelajar itu ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama di Papar pada jam 4 pagi, 16 Julai lepas, sebelum disahkan meninggal dunia di hospital.

Berita berkaitan
Shuhaily dipindah, kembali bertugas bersama PDRM? – Laporan
6 jam lalu· Isu semasa
Malaysia masih negara aman, jangan samakan dengan Colombia: Saifuddin Nasution
November 28, 2026· Isu semasa
Anwar arah siasatan penuh kes seludup dadah guna pesawat TUDM
November 28, 2026· Isu semasa
Dakwa dinafikan hak membela diri, Inspektor Sheila saman Ayob Khan dan PDRM
November 26, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Isu penutupan premis Jumaat: Polis rakam keterangan lima individu termasuk MP Kota Melaka
6 jam lalu · Isu semasa
Universiti diingatkan kawal hiburan ketika konvokesyen: Zambry
6 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sedia saluran alternatif jika MySiren gagal berfungsi
6 jam lalu · Isu semasa
MCMC perkukuh tindakan terhadap jualan barangan terlarang dalam talian
7 jam lalu · Isu semasa
Isu seludup dadah TUDM: Anwar gesa jangan lindungi pengkhianat dalam pasukan keselamatan
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] 13 platform e-dagang sepakat banteras jualan barangan terlarang
7 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok