Tahanan rumah atau penjara, keputusan Rabu ini tentukan titah adendum Najib

August 10, 2025 · Politik

Istana Kehakiman Putrajaya dijangka menjadi tumpuan umum pada Rabu ini apabila Mahkamah Persekutuan membuat keputusan berhubung rayuan Peguam Negara untuk menghalang Najib Razak, daripada meneruskan semakan kehakiman berkaitan titah adendum.

Keputusan mahkamah sama ada secara sebulat suara atau majoriti akan menentukan sama ada bekas perdana menteri itu boleh meneruskan usahanya untuk membuktikan kewujudan titah adendum yang didakwanya diperoleh daripada Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Jika rayuan Peguam Negara ditolak, semakan kehakiman itu akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi mengikut tarikh yang ditetapkan.

Sebaliknya, jika rayuan dibenarkan, usaha Najib untuk mendapatkan perintah mandamus bagi membolehkannya menjalani baki hukuman penjara di rumah akan terhenti.

Walau bagaimanapun, kedua-dua pihak masih berpeluang memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Persekutuan sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Hasnah Mohammed Hashim, akan memutuskan sama ada untuk mengekalkan atau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang mengarahkan semakan kehakiman itu dibicarakan semula di Mahkamah Tinggi.

Pada 9 Julai lalu, Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar, berhujah bahawa Najib dan anaknya, Mohamad Nizar, tidak memberikan bukti kukuh tentang kewujudan titah adendum walaupun berpeluang melakukannya di peringkat permohonan semakan kehakiman.

Beliau juga menegaskan bahawa Mohamad Nizar, sebagai Exco Kerajaan Negeri Pahang, sepatutnya boleh mendapatkan titah tersebut memandangkan beliau sering menghadiri mesyuarat dengan Sultan Pahang.

Sementara itu, peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah, berhujah bahawa Peguam Negara sepatutnya mengakui kewujudan titah adendum dari awal dan bertindak jujur dalam proses mahkamah.

Sebelum ini, Najib gagal mendapatkan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman selepas permohonannya ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 3 Julai tahun lalu.

Namun, Mahkamah Rayuan pada 6 Januari lalu memerintahkan agar semakan kehakiman itu dibicarakan semula di Mahkamah Tinggi oleh hakim yang berbeza.

Najib memfailkan semakan kehakiman untuk memaksa kerajaan mengesahkan kewujudan titah adendum yang didakwanya membenarkan beliau menjalani hukuman penjara di rumah.

Beliau ketika ini sedang menjalani hukuman penjara enam tahun sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan bersalah dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Lembaga Pengampunan sebelum ini telah mengurangkan hukuman penjaranya daripada 12 tahun kepada enam tahun dan denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Najib menamakan beberapa pihak termasuk Menteri Dalam Negeri, Peguam Negara, dan Kerajaan Malaysia sebagai responden dalam permohonannya.

Keputusan pada Rabu ini akan memberi kesan besar kepada masa depan permohonan Najib untuk menjalani hukuman penjara di rumah.

Berita berkaitan
Kes tular pemandu bas riba kekasih: Pasangan dipenjara, didenda RM5,000
April 17, 2026· Isu semasa
RM5 juta masuk akaun Bersatu, tiada satu masuk dalam akaun peribadi: Saksi
April 16, 2026· Politik
Seorang didakwa, lima dikompaun kes berita palsu isu minyak: MCMC
April 16, 2026· Isu semasa
Kes saman Rosmah: Saksi dedah wang, barang kemas bertaburan dalam serbuan Pavilion
April 14, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PKR nafi dakwaan bertanding sendiri PRN Johor
April 18, 2026 · Politik
Henti bertelingkah, utamakan kebajikan rakyat: Anwar
April 18, 2026 · Politik
Khairy kembali UMNO sebab nak bertanding kerusi pilihan raya saja: Rafizi
4 jam lalu · Politik
Jangan hanya semasa senang saja nak bersama dengan BN: Zahid
4 jam lalu · Politik
Hisham bersyukur penggantungan ditarik balik, sedia bantu UMNO kembali
4 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok