Himpunan Kepala Batas: Hilman diambil keterangan polis jam 3 pagi di Gopeng

August 16, 2025 · Politik

Ketua Armada Bersatu Hilman Idham terpaksa memberi keterangan kepada polis pada jam 3 pagi tadi berhubung Himpunan Solidariti Jalur Gemilang yang diadakan di Pulau Pinang baru-baru ini.

Menurut kenyataan rasmi Ketua Penerangan Armada Bersatu Malaysia, Harris Idaham Rashid, Hilman pada asalnya telah dihubungi pegawai penyiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman pada jam 5.30 petang semalam untuk memberi keterangan pada Isnin depan, 18 Ogos, jam 10.30 pagi di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Namun, dalam keadaan yang mengejutkan, sekumpulan anggota polis dari Bukit Aman tiba di Gopeng pada jam 3 pagi tadi dan meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia itu segera ke Balai Polis Gopeng untuk proses rakaman keterangan.

“Armada memaklumkan bahawa YB Hilman Idham kini sedang memberikan keterangan di Balai Polis Gopeng. Kami akan memaklumkan perkembangan terkini dari masa ke semasa,” jelas Harris dalam kenyataan yang dikeluarkan pada jam 3.29 pagi.

Kejadian ini berlaku ketika Hilman sedang memenuhi jadual program di Gopeng, Perak sejak Jumaat lalu yang dijadualkan berterusan sehingga hari Ahad.

Isu Himpunan Solidariti Jalur Gemilang di Pulau Pinang terus menjadi perhatian umum, dengan beberapa individu lain turut telah dipanggil polis bagi membantu siasatan kes ini sebelum ini.

Panggilan mengejut polis pada waktu tengah malam ini menimbulkan persoalan berikutan temujanji rasmi yang telah ditetapkan untuk hari Isnin depan di Bukit Aman.

Armada Bersatu dijangka akan mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung perkembangan kes ini selepas selesai proses rakaman keterangan tersebut.

Berita berkaitan
Peniaga lesap RM610,000 terjerat pelaburan palsu
21 jam lalu· Isu semasa
Keputusan kes Syed Saddiq kekal bebas atau dipenjara pada 30 Jun
April 27, 2026· Politik
Seorang lelaki ditahan berhubung isu bantahan azan di Ampang
April 26, 2026· Isu semasa
Lelaki tunjuk kemaluan diburu polis di UiTM Dungun
April 26, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Sayap pemuda DAP desak pecat Tok Mat, dakwa jejaskan kestabilan kerajaan
April 30, 2026 · Politik
Keputusan 14 ADUN dihormati, namun sokongan kepada kerajaan Negeri Sembilan diteruskan
April 30, 2026 · Politik
Krisis Negeri Sembilan isyarat jelas UMNO mahu bertanding solo PRU-16: Rafizi
17 jam lalu · Politik
Spekulasi ADUN UMNO kembali jadi Exco disangkal Jalaluddin
17 jam lalu · Politik
Amirudin enggan layan desakan pecat Exco UMNO di Selangor
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok