22 juta pemegang MyKad boleh semak kelayakan SARA RM100 hari ini

August 21, 2025 · Isu semasa

Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan seramai 22 juta pemegang MyKad warganegara Malaysia boleh mula menyemak kelayakan mereka untuk menerima Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 melalui portal rasmi [sara.gov.my](https://sara.gov.my) bermula hari ini.

Bantuan ini diberikan secara automatik kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang lahir pada tahun 2007 atau lebih awal, tanpa perlu membuat sebarang pendaftaran atau permohonan.

MOF turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan penipuan kerana bantuan ini akan terus dimasukkan ke dalam MyKad penerima.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini menjelaskan bahawa SARA adalah usaha kerajaan untuk berkongsi hasil reformasi kewangan dengan rakyat.

Bayaran RM100 ini akan dimasukkan ke dalam MyKad pada 31 Ogos 2025 sempena Hari Kebangsaan, dan boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025.

Sekiranya bantuan itu tidak digunakan sepenuhnya, baki akan diagihkan semula kepada golongan rentan melalui program lain kerajaan.

Penerima juga boleh menggunakan bantuan tersebut untuk membeli barangan keperluan atau menyumbangkannya kepada badan kebajikan, rumah ibadat dan NGO.

Sebuah keluarga yang mempunyai empat orang dewasa contohnya, boleh menerima jumlah keseluruhan RM400.

Bantuan ini boleh dibelanjakan di lebih 7,300 kedai berdaftar seluruh negara untuk membeli lebih 100,000 barangan keperluan seperti beras, telur, ubat-ubatan, keperluan sekolah dan barangan kebersihan.

Dengan pelaksanaan SARA, jumlah peruntukan keseluruhan di bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA meningkat kepada RM15 bilion pada tahun 2025, berbanding RM10 bilion pada 2024.

Berita berkaitan
Syed Azman Tokoh Perdana Maulidur Rasul, Anwar ucap tahniah kepada semua penerima
August 25, 2026· Isu semasa
Cadangan Audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet: Anwar
August 25, 2026· Isu semasa
Anwar: Jadikan ajaran Rasulullah panduan hidup
August 25, 2026· Isu semasa
Anwar rasmi Menara FINAS baharu, industri kreatif masuk fasa baharu
August 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perketat kawalan platform e-dagang, terima aduan pengguna banyak: Fahmi
1 jam lalu · Isu semasa
KJ mohon mahkamah dedah siapa di sebalik artikel fitnah
4 jam lalu · Isu semasa
Pendakwah terkenal didakwa seleweng dana NGO RM13 juta
5 jam lalu · Isu semasa
Kes scam: Ingat arahan bos, kerani pindah RM452,000
5 jam lalu · Isu semasa
Jerebu makin meluas, 29 kawasan catat IPU tidak sihat
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok