Saman fitnah: Mahkamah perintah Saifuddin RM670,000 kepada Sanusi

August 24, 2025 · Politik

Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini memerintahkan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, membayar ganti rugi berjumlah RM670,000 kepada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, berikutan kesalahan membuat kenyataan fitnah terhadapnya pada tahun 2023.

Hakim Dr. John Lee Kien How @ Mohamad Johan Lee memutuskan Saifuddin didapati bersalah membuat kenyataan fitnah yang membabitkan dua isu iaitu dakwaan pencurian unsur nadir bumi (REE) dan salah urus peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) di Kedah.

Daripada jumlah tersebut, RM600,000 adalah ganti rugi am manakala RM70,000 adalah untuk kos guaman.

Mahkamah juga memerintahkan Saifuddin untuk menerbitkan permohonan maaf dalam dua akhbar utama, satu bahasa Melayu dan satu bahasa Inggeris dalam tempoh 14 hari.

Dalam keputusannya, hakim berkata penggunaan perkataan ‘pencuri’ dalam kenyataan Saifuddin mempunyai implikasi jenayah yang serius terhadap Sanusi.

Mahkamah juga mendapati kenyataan mengenai MARRIS secara jelas mengaitkan plaintif dengan salah urus kewangan.

“Kenyataan defendan menguatkan tuduhan tersebut dengan memetik laporan Ketua Audit Negara, yang memberikan kesan bahawa plaintif terlibat dalam aktiviti haram,” jelas hakim.

Mahkamah turut mengekalkan injunksi yang melarang Saifuddin atau wakilnya daripada mengulangi kenyataan fitnah tersebut pada masa hadapan.

Saman ini difailkan oleh Sanusi pada 3 Ogos 2023, berikutan dua ucapan awam Saifuddin pada Julai 2023 yang disiarkan secara meluas oleh media.

Dalam ucapan tersebut, Saifuddin didakwa membuat tuduhan serius terhadap Sanusi berhubung isu REE di Kampung Chong, Sik dan pengurusan dana MARRIS.

Sanusi diwakili oleh pasukan peguam yang diketuai oleh Wan Rohimi Wan Daud, manakala Saifuddin diwakili oleh Navpreet Singh dan pasukan guamannya.

Berita berkaitan
PN ambil tindakan undang-undang selepas digantung RoS: Takiyuddin
2 jam lalu· Politik
Remaja kes tikam sekolah Bandar Utama mahu kematian beramai-ramai, mahkamah diberitahu
20 jam lalu· Isu semasa
Kes 43 barang kemas: Global Royalty boleh tuntut RM67.5 juta daripada Rosmah
20 jam lalu· Isu semasa
MP Pendang tarik balik kenyataan fitnah terhadap Anwar, kes saman selesai
23 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Anthony Loke kekal pendirian letak jawatan: Bernama
2 jam lalu · Politik
Semua kegiatan PN digantung selepas terima aduan Bersatu: RoS
2 jam lalu · Politik
Penggantungan dua pegawai kanan Negeri Sembilan dipertikai, AG tegaskan kekal bertugas
2 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Anwar sahkan PH sedia buka ruang kerjasama, bincang cari titik persamaan
18 jam lalu · Politik
Hubungan dengan Istana retak, Mahfuz persoal kedudukan MB Negeri Sembilan
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok