Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersama Sultan Hassanal Bolkiah semasa Sidang Kemuncak Asean.
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, akan mengadakan lawatan negara ke Malaysia selama empat hari bermula Isnin ini atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri Malaysia, lawatan ini akan merangkumi Rundingan Pemimpin Tahunan Malaysia-Brunei ke-26 (ALC) yang menjadi platform tertinggi hubungan dua hala antara kedua negara.
Sultan Hassanal Bolkiah akan disertai oleh Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah, menteri-menteri kabinet, serta pegawai kanan kerajaan Brunei. Baginda akan menerima sambutan negara di Istana Negara pada Selasa, diikuti pertemuan empat mata dengan Sultan Ibrahim.
“Satu majlis santapan negara khas akan diadakan bagi meraikan ketibaan Sultan Brunei dan delegasi baginda,” menurut kementerian tersebut.
Pada Rabu, Sultan Hassanal Bolkiah dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sempena ALC ke-26.
Mesyuarat ini berperanan menilai kemajuan kerjasama sedia ada, membincangkan isu semasa, serta bertukar pandangan mengenai hal-hal serantau dan antarabangsa.
Lawatan ini menandakan hubungan istimewa yang telah terjalin lama antara Malaysia dan Brunei, dengan Brunei menjadi rakan dagang keenam terbesar Malaysia dalam ASEAN dengan jumlah dagangan mencecah RM7.53 bilion pada 2024.
Bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini, jumlah dagangan dua hala telah mencapai RM3.02 bilion, dengan eksport Malaysia ke Brunei berjumlah RM2.18 bilion dan import bernilai RM840 juta.
Isu penutupan premis Jumaat: Polis rakam keterangan lima individu termasuk MP Kota Melaka
Shuhaily dipindah, kembali bertugas bersama PDRM? – Laporan
Universiti diingatkan kawal hiburan ketika konvokesyen: Zambry
Kerajaan sedia saluran alternatif jika MySiren gagal berfungsi
MCMC perkukuh tindakan terhadap jualan barangan terlarang dalam talian
[VIDEO] 13 platform e-dagang sepakat banteras jualan barangan terlarang
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib