Aduan diterima sepanjang kempen PRN Johor.
Polis menahan seorang wanita tempatan yang cuba menyerang Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di atas pentas utama ketika sambutan rasmi Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak di Ipoh, hari ini.
Ketua Polis Perak, Noor Hisam Nordin berkata wanita yang mempunyai rekod rawatan psikiatri itu ditahan pengawal keselamatan bertugas selepas masuk melalui tepi pentas ketika lagu kebesaran negeri Perak berkumandang.
“Siasatan awal juga mendapati wanita berusia 41 tahun itu mempunyai rekod lampau berkaitan dadah, namun ujian air kencing hari ini mendapati suspek negatif dadah.
“Suspek juga mempunyai rekod rawatan psikiatri dan sedang berada di bawah rawatan pakar,” katanya dalam kenyataan.
Dia berkata kes disiasat di bawah Seksyen 325/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan menyebabkan cedera parah.
Terdahulu, ketika Sultan Nazrin sedang memberikan tabik hormat, seorang wanita meluru dari barisan belakang tetamu di atas pentas utama dan menyentap tangan baginda sebelum ditahan oleh pengawal keselamatan serta dibawa keluar.
Sultan Nazrin kemudian meneruskan upacara berkenaan. – Bernama
MCMC perkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi Program MADANI Kita
Tiada pemimpin boleh hina mana-mana kaum, PM ingatkan Sanusi
Anwar yakin Kabinet setuju dedah laporan RCI Tabung Haji
MCMC siasat kandungan hina Islam di Facebook
Tarif AS tidak setinggi negara lain, rundingan akan tetap diteruskan: PMX
[VIDEO] PH komited perkasa kebajikan rakyat Jeram Padang
[VIDEO] Politik kebencian dan sentimen perkauman tak selesaikan masalah rakyat