Kes Polis.
Polis Selangor masih memperincikan siasatan berhubung penahanan anak kepada seorang individu berstatus VVIP yang ditahan selepas dadah ditemui dalam kenderaan yang dipandunya pada 23 Ogos lalu.
Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar, mengesahkan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Beliau menegaskan pihak polis memerlukan masa untuk melengkapkan kertas siasatan sebelum sebarang tindakan lanjut boleh diambil.
“Buat masa ini, siasatan masih berjalan dan kita tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat terperinci kerana ia boleh menjejaskan proses penyiasatan,” katanya dipetik laporan MalaysiaGazette.
Difahamkan, suspek ditahan dalam satu operasi pencegahan jenayah bersepadu yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sekitar kawasan Damansara.
Pemeriksaan ke atas kenderaan yang dipandunya di Lebuhraya Sprint menemui sejumlah kecil heroin serta beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk penyalahgunaan dadah.
Sumber turut memaklumkan suspek berkenaan mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah.
Kes berprofil tinggi ini menarik perhatian ramai kerana membabitkan anak kepada seorang tokoh ternama, namun polis menegaskan siasatan dijalankan secara profesional tanpa mengira latar belakang atau status suspek.
Proses siasatan masih berjalan dan polis akan membuat pengumuman rasmi setelah semua aspek disiasat sepenuhnya.
Isu penutupan premis Jumaat: Polis rakam keterangan lima individu termasuk MP Kota Melaka
Shuhaily dipindah, kembali bertugas bersama PDRM? – Laporan
Universiti diingatkan kawal hiburan ketika konvokesyen: Zambry
Kerajaan sedia saluran alternatif jika MySiren gagal berfungsi
MySiren bukan sekadar amaran banjir, boleh kesan tanah runtuh dan orang hilang
[VIDEO] 13 platform e-dagang sepakat banteras jualan barangan terlarang
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib