MOF rekod transaksi SARA sebanyak RM110 juta dalam dua hari

September 2, 2025 · Isu semasa

Program Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mencatatkan jumlah transaksi sebanyak RM110 juta dalam tempoh dua hari pertama pelaksanaannya bermula 1 September lalu.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) yang dikeluarkan malam tadi, sehingga pukul 9.30 malam, lebih 900,000 rakyat melakukan perbelanjaan berjumlah RM60 juta di seluruh negara.

“Secara keseluruhannya, lebih 1.7 juta penerima telah berbelanja dalam tempoh dua hari dengan nilai jualan mencecah RM110 juta di seluruh negara,” jelas kenyataan tersebut.

MOF memaklumkan bahawa peningkatan kapasiti sistem oleh MyKasih berikutan ledakan transaksi semalam telah membolehkan 20 peratus lebih banyak transaksi diproses pada hari kedua.

Walaupun begitu, sistem masih mengalami kesesakan pemprosesan di beberapa lokasi tertentu, terutama di pasar raya besar di bandar pada waktu puncak antara pukul 1.00 tengah hari hingga 2.30 petang.

Bagi menguruskan situasi ini, petugas MyKasih telah ditempatkan di pasar raya besar untuk membantu menyelesaikan isu secara terus di lapangan dan memberikan sokongan kepada para peniaga.

Kementerian turut menasihatkan orang ramai agar merancang pembelian pada waktu bukan puncak, seperti waktu pagi pada hari bekerja, bagi mengelakkan kesesakan dan memastikan kelancaran urusan pembelian.

Kredit RM100 Penghargaan SARA yang disalurkan ke dalam MyKad penerika akan kekal sah sehingga 31 Disember tahun ini dan boleh digunakan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar di seluruh negara.

Berita berkaitan
Pengurusan institusi kerajaan perlu bebas pengaruh politik: Anwar
November 28, 2026· Isu semasa
Prestasi Loke baik, Anwar mahu Loke kembali bertugas segera
November 28, 2026· Politik
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
November 24, 2026· Isu semasa
GST belum sesuai dilaksana, kerajaan kekal SST: MOF
November 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Isu penutupan premis Jumaat: Polis rakam keterangan lima individu termasuk MP Kota Melaka
5 jam lalu · Isu semasa
Shuhaily dipindah, kembali bertugas bersama PDRM? – Laporan
6 jam lalu · Isu semasa
Universiti diingatkan kawal hiburan ketika konvokesyen: Zambry
6 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sedia saluran alternatif jika MySiren gagal berfungsi
6 jam lalu · Isu semasa
MCMC perkukuh tindakan terhadap jualan barangan terlarang dalam talian
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] 13 platform e-dagang sepakat banteras jualan barangan terlarang
6 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok