Mahkamah tolak permohonan injunksi ke atas MalaysiaNow

September 4, 2025 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan injunksi Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, untuk menghalang portal berita MalaysiaNow daripada menerbitkan artikel berkaitan satu skandal perlombongan di Sabah.

Hakim Noor Hayati Mat membuat keputusan itu setelah memutuskan bahawa ahli perniagaan tersebut bersama dua plaintif lain gagal membuktikan pembelaan yang dikemukakan oleh defendan, MalaysiaNow dan editornya Abd Ar-Rahman Koya, adalah tidak berasas.

Peguam MalaysiaNow, Rajesh Nagarajan, memaklumkan bahawa mahkamah berpendapat bukan menjadi tanggungjawabnya untuk memutuskan sama ada sesuatu kenyataan itu fitnah atau tidak pada peringkat awal ini.

“Hakim juga menyatakan bahawa isu berkaitan kekukuhan pembelaan kami akan diputuskan selepas perbicaraan kes itu dijalankan.

“Hakim mendapati bukan menjadi tanggungjawab mahkamah untuk memutuskan sama ada kenyataan tersebut adalah fitnah atau sebaliknya pada peringkat awal ini,” katanya dipetik laporan portal Malaysiakini.

Beliau menambah, mahkamah juga mendapati bahawa pembelaan defendan tidak kelihatan palsu, justeru permohonan injunksi sementara tidak diperlukan.

Hakim turut memerintahkan Farhash dan plaintif lain untuk membayar kos berjumlah RM5,000 kepada defendan.

Dengan keputusan ini, MalaysiaNow dibenarkan untuk mengekalkan penerbitan artikel berkenaan buat masa ini.

Bagaimanapun, peguam pihak plaintif, Rajan Navaratnam, mengesahkan mereka akan memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.

Pada 21 Ogos lalu, Farhash, syarikat Bumi Suria Ventures Sdn Bhd, dan seorang lagi individu, Mohd Aminudin Mustapha, memfailkan saman fitnah menuntut ganti rugi RM10 juta daripada MalaysiaNow.

Mereka mendakwa artikel portal itu telah mencemar reputasi dan menggambarkan seolah-olah mereka menyalahgunakan kedudukan untuk mendapatkan lesen perlombongan secara haram.

Berita berkaitan
SPRM reman bekas Pengerusi dan KSP berkait RCI TH
2 jam lalu· Isu semasa
RM14.7 juta, mata wang asing dan emas: Ismail Sabri didakwa
2 jam lalu· Politik
Kes pengisytiharan harta: Ismail Sabri akan didakwa esok
18 jam lalu· Politik
Dua pembantu Najib diperintah bayar RM483,000 kepada pendakwah bebas
18 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Banjir Nepal: Kerajaan giat kesan 54 rakyat Malaysia
2 jam lalu · Isu semasa
Harga petrol tanpa subsidi naik 5 sen
15 jam lalu · Isu semasa
RCI Tabung Haji: SPRM tahan bekas pengerusi TH, bekas KSU Perbendaharaan
19 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perketat kawalan platform e-dagang, terima aduan pengguna banyak: Fahmi
22 jam lalu · Isu semasa
KJ mohon mahkamah dedah siapa di sebalik artikel fitnah
August 26, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok