Pengasas Gojek di Indonesia ditahan, jadi suspek rasuah projek Chromebook

September 5, 2025 · Isu semasa

Bekas Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Riset, dan Teknologi Indonesia, Nadiem Anwar Makarim, kini berdepan dengan krisis terbesar dalam kerjayanya setelah ditahan oleh pihak pendakwaan sebagai suspek dalam kes rasuah projek perolehan komputer riba bernilai berbilion rupiah.

Beliau yang sebelum ini dikenali sebagai ikon reformasi dan usahawan teknologi terkemuka, ditahan di pejabat Jabatan Peguam Negara pada Khamis.

Nadiem, yang merupakan pengasas platform Gojek, pernah dilantik oleh Presiden Joko Widodo pada tahun 2019 untuk memimpin Kementerian Pendidikan.

Beliau memperkenalkan pelbagai reformasi termasuk Kurikulum Merdeka yang menekankan pembelajaran fleksibel dan kreatif.

Namun, langkah-langkahnya juga menerima kritikan kerana didakwa memperlebar jurang digital dan membebankan guru.

Siaran Agensi Berita Nasional Indonesia memaklumkan, pihak berkuasa kini menyiasat projek perolehan 1.2 juta unit Chromebook bernilai 9.3 trilion rupiah yang dilaksanakan antara tahun 2020 hingga 2022.

Sebahagian besar peranti tersebut didakwa tidak dapat berfungsi dengan baik di kawasan luar bandar akibat kekurangan capaian internet, sehingga mengakibatkan kerugian negara dianggarkan mencecah 2 trilion rupiah.

Menurut Pengarah Siasatan Rasuah, Nurcahyo Jungkung Madyo, Google pernah menawarkan Chromebook lebih awal, tetapi tawaran itu ditolak setelah percubaan pada 2019 didapati tidak sesuai. Namun, Nadiem tetap mengundang Google untuk menyertai tender tersebut.

Setelah tiga kali dipanggil memberi keterangan, Nadiem akhirnya ditahan pada 4 September. Gambarnya memakai vest tahanan berwarna merah jambu serta tangan dibelenggu bergari telah tular di media sosial.

Lulusan Harvard Business School ini, yang pernah dianggap sebagai simbol kemajuan teknologi dan reformasi pendidikan, kini berdepan dengan tuduhan rasuah yang boleh menjerumuskannya ke dalam masa depan yang suram.

Berita berkaitan
AGC bantah semakan kehakiman kes Zahid yang dimohon Badan Peguam
May 21, 2026· Politik
Hannah Yeoh pertimbang saman fitnah isu tanah di Cheras
May 20, 2026· Politik
Pendakwa raya rayu pembebasan anak bekas MB Perlis
May 20, 2026· Politik
TM sedia beri kerjasama kepada DOJ berhubung siasatan AS$20 juta
May 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan teruskan bantuan BUDI Agri-Komoditi: Anwar
May 25, 2026 · Isu semasa
Bekalan minyak negara stabil hingga Julai: Akmal Nasrullah
May 25, 2026 · Isu semasa
JAWI kekalkan status sesat bagi ajaran Ahmadiah, Qadiani
1 jam lalu · Isu semasa
Harga sayur naik di Kelantan, Mat Sabu arah FAMA pantau
1 jam lalu · Isu semasa
Pencalonan Anugerah Seri Angkasa 2026 dibuka 4 Jun
1 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok