Kes Zara Qairina: Pakar patologi dedah terima ugutan, buat laporan polis

September 6, 2025 · Isu semasa

Polis menerima laporan daripada Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth Dr Jessie Hiu berhubung ugutan diterimanya selepas menjadi saksi di Mahkamah Koroner dalam prosiding inkues bagi menentukan punca kematian pelajar Zara Qairina Mahathir.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kasim Muda berkata laporan polis itu dibuat oleh Dr Hiu semalam.

“Ada terima ugutan yang dimaklumkan oleh Pengarah Hospital Queen Elizabeth. Kes sedang dalam siasatan polis,” katanya ringkas.

Dalam prosiding inkues pada minggu lepas, Dr Hiu, 58, yang menjalankan bedah siasat terhadap Zara Qairina membacakan pernyataan saksi memberitahu mahkamah pelajar itu tidak mungkin terjatuh secara tidak sengaja atau ditolak dari posisi berdiri di sebelah penghadang konkrit di sepanjang koridor asrama sekolahnya.

Beliau juga memaklumkan kepada mahkamah mayat Zara Qairina berada pada tahap pereputan sederhana hingga lanjut dan keadaan itu selari dengan tempoh pengebumian di dalam tanah.

Dr Hiu berkata kecederaan itu konsisten dengan maklumat yang didokumenkan dalam rekod perubatan si mati, imbasan tomografi berkomputer (CT), aniografi tomografi berkomputer (CTA) dan radiograf.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai selepas dimasukkan ke hospital sehari sebelumnya, setelah ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi.

Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan polis.

Pada 8 Ogos, AGC turut mengarahkan kubur Zara Qairina digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan. – Bernama

Berita berkaitan
Polis tahan tujuh pelajar kes tular buli pelajar perempuan, pukul hingga lebam
May 29, 2026· Isu semasa
Pemergian Jalil Hamid, seni tanah air hilang permata: Fahmi
May 4, 2026· Isu semasa
Fahmi rakam ucapan takziah atas pemergian jurugambar Bernama
April 26, 2026· Isu semasa
Muhyiddin kecam serangan AS terhadap Iran, gesa pilih jalan diplomasi
March 1, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perketat kawalan platform e-dagang, terima aduan pengguna banyak: Fahmi
2 jam lalu · Isu semasa
KJ mohon mahkamah dedah siapa di sebalik artikel fitnah
4 jam lalu · Isu semasa
Pendakwah terkenal didakwa seleweng dana NGO RM13 juta
6 jam lalu · Isu semasa
Kes scam: Ingat arahan bos, kerani pindah RM452,000
6 jam lalu · Isu semasa
Jerebu makin meluas, 29 kawasan catat IPU tidak sihat
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok