Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Kredit gambar: PMO
Perpaduan negara hanya dapat dijamin sekiranya hak majoriti Melayu dan Islam terus dipertahankan tanpa menafikan hak kaum lain yang juga merupakan warganegara Malaysia, tegas Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri menekankan prinsip itu merupakan asas utama perpaduan yang telah dipegang sejak sekian lama.
“Kalau kita mahu jamin perpaduan, negara ini majoriti Melayu, Islam, mesti pertahankan hak mereka. Tapi negara ini juga mesti jamin hak semua warganegara, (kaum) Cina, India, Orang Asli, Dayak, Kadazan,” katanya semasa berucap pada sesi Temu Anwar bersempena Perhimpunan Agung Pengakap Johor ke-27 hari ini.
Mengenai peranan belia, Anwar menyeru agar golongan muda diberikan ruang, latihan, dan peluang seluas-luasnya untuk membina disiplin dan kemahiran.
Menurutnya, masa depan negara bergantung pada kepimpinan dan keupayaan generasi pewaris ini.
Selain itu, Perdana Menteri turut menyentuh mengenai peranan Malaysia sebagai Pengerusi Asean dengan memberi tumpuan kepada agenda keamanan, keterhubungan digital, dan tenaga serantau bagi mengukuhkan hubungan antara negara anggota.
Anwar juga menyokong cadangan untuk menganjurkan perhimpunan pengakap ASEAN sebagai platform memperkukuh kerjasama belia serantau.
Katanya, pergerakan pengakap akan kekal relevan pada masa hadapan kerana nilai terasnya iaitu kemanusiaan dan ihsan.
“Dia relevan 100 tahun lalu, dia akan relevan 100 tahun akan datang, melainkan manusia itu sudah hilang kemanusiaannya.
Cuma tentulah, ada kemahiran (pengakap) dahulu tak cakap soal digital, tak bicara soal AI. Sekarang kita bicara soal itu. Tapi dia tak hilang tunggaknya. Apa tunggaknya? Kemanusiaan dan ihsan,” tegasnya.
Malaysia terus kukuh antara negara paling aman dunia
IPTA terima kemasukan pelajar berdasarkan merit, tiada pintu belakang: Adam Adli
Parlimen bebas bahas, undi calon pendakwa raya: Azalina
Kuota 200 liter RON95 cukup untuk hampir semua pengguna: Amir Hamzah
Ahli NGO didakwa cuci wang hampir RM18 juta, beli banglo dan kenderaan mewah
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar