Bukan kerajaan sebar dokumen pengampunan Najib, jangan buat tohmahan

November 24, 2026 · Politik

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan kerajaan menyebarkan dokumen sulit berkaitan keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Najib Razak kepada umum.

Sebaliknya, beliau menjelaskan tindakan menyahklasifikasikan sebahagian dokumen berkaitan kes berkenaan dibuat oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi tujuan persediaan menghadapi prosiding mahkamah.

Anwar turut menegaskan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) dan AGC bukan pihak yang menyebarkan dokumen berkenaan kepada orang ramai.

“Jadi siapa (menyebarkan dokumen terbabit) patut disiasat, jangan buat tohmahan mengatakan kerajaan edarkan.

“Tidak ada. Tidak benar kerana yang berlaku adalah keputusan Peguam Negara untuk mempersiapkan kes jawapan di mahkamah, itu sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) pada sesi Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahmad Fadhli meminta penjelasan kerajaan berhubung dakwaan dokumen pengampunan bersyarat Najib, termasuk minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang diklasifikasikan sebagai rahsia, telah dinyahklasifikasikan dan didedahkan kepada umum.

Isu berkenaan timbul susulan pertikaian berkaitan keputusan pengampunan Najib yang diumumkan pada Februari 2024, termasuk pelaksanaan pengurangan hukuman penjara dan denda terhadap bekas Presiden UMNO itu.

Najib sebelum ini diperkenankan menjalani baki hukuman penjara sehingga 23 Ogos 2028 selepas hukuman asal dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Perkembangan berkaitan dokumen pengampunan itu turut menjadi perhatian dalam proses perundangan yang melibatkan tuntutan Najib berhubung pelaksanaan titah adendum berkaitan tahanan rumah.

Berita berkaitan
Turkiye belum sedia terima pelarian Rohingya
November 24, 2026· Isu semasa
Jangan abaikan madrasah dalam mengejar kemajuan negara: Anwar
14 jam lalu· Isu semasa
Pua persoal Zahid, ungkit kegagalan GST era Najib
November 23, 2026· Isu semasa
Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi
November 22, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PH Negeri Sembilan desak kemelut politik diselesaikan segera
13 jam lalu · Politik
PAS masih jadi rebutan, Idris persoal pihak yang mahu kerjasama
13 jam lalu · Politik
Bekas pegawai khas Najib, aktivis UMNO diperintah bayar RM433,000 kepada pendakwah
19 jam lalu · Politik
Saarani: Belum ada keperluan bubar DUN Perak
20 jam lalu · Politik
Pembubaran DUN bukan jaminan krisis Negeri Sembilan selesai: Laporan
24 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok