10 ahli politik terima e-mel ugutan video AI palsu termasuk Fahmi

September 14, 2025 · Politik

Kerajaan mengambil berat dengan laporan beberapa wakil rakyat menerima e-mel ugutan yang disertakan tangkapan layar video palsu dicipta menggunakan kecerdasan buatan (AI).

E-mel berkenaan mengugut untuk menyebarkan video tersebut sekiranya mangsa tidak membuat bayaran wang tebusan sebanyak USD100,000 (RM476,450).

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, mengesahkan turut menerima e-mel berunsur ugutan yang sama, yang dipercayai dihantar daripada alamat e-mel yang sama menggunakan aplikasi Gmail.

Menurut Fahmi, ahli politik yang setakat ini menerima ugutan tersebut ialah Ahli Parlimen PKR Rafizi Ramli, Wong Chen, Taufiq Johari, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Najwan Halimi dan Fahmi Ngah; senator PKR Manolan Mohamad; serta ADUN Gerakan Wong Chia Zhen.

“Kerajaan memandang serius insiden ini, dan saya telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengesan dan menjejak penjenayah tersebut,” jelas Fahmi.

Beliau menegaskan perbuatan menghantar komunikasi jelik dengan niat mengugut adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM500,000, penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

“Kerajaan Madani tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menyalahgunakan teknologi untuk melakukan ugutan atau memperdaya rakyat. Segala usaha akan digembleng bagi memastikan penjenayah dibawa ke muka pengadilan,” tegas Fahmi.

Tindakan itu juga boleh disiasat di bawah Seksyen 503 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya.

Berita berkaitan
Tiga pelakon ditahan susulan video tular persenda Rukun Negara
2 jam lalu· Isu semasa
Akaun TikTok Na’im disekat TikTok, bukan MCMC: Hakim Norliza
2 jam lalu· Politik
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
4 jam lalu· Isu semasa
Kes scam: Panik kena dakwa, wanita jual barang kemas RM500,000
4 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
2 jam lalu · Politik
DUN Melaka sah bubar esok, PRN bakal diadakan: Ab Rauf
2 jam lalu · Politik
Pembatalan lantikan Exco Negeri Sembilan sah, ada asas Perlembagaan: Peguam
2 jam lalu · Politik
Anwar imbau detik di Penjara Sungai Buloh
4 jam lalu · Politik
DUN Melaka dijangka bubar hari ini, PRN semakin hampir
4 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok