Annuar Musa digesa jelaskan isu tanah Kg Sungai Baru, jangan jadi pengecut: Syed Badli

September 20, 2025 · Politik

Bekas menteri wilayah persekutuan, Annuar Musa, didesak agar tampil memberikan penjelasan terbuka berhubung isu pengambilan tanah di Kampung Sungai Baru yang hangat diperkatakan.

Gesaan itu disuarakan oleh Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Pembangunan Kampung Baru, Syed Badli Shah Syed Osman yang menggesa Annuar perlu bertanggungjawab memandangkan kelulusan pewartaan Akta Pengambilan Tanah bagi projek tersebut berlaku semasa beliau masih lagi memegang jawatan tersebut.

“Beliau perlu menjelaskan bagaimana Akta Pengambilan Tanah boleh diwartakan pada Jun 2021 sedangkan ketika itu negara masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Parlimen tidak bersidang,” tegas Syed Badli Shah.

Syed Badli Shah yang juga Ketua Cabang PKR Titiwangsa berkata adalah tidak wajar bagi seorang menteri untuk mendakwa tidak mengetahui mengenai pewartaan itu dan meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada pihak pentadbiran.

“Tentunya setiap tindakan eksekutif, khususnya melibatkan pewartaan akta tertentu, akan dilaporkan terlebih dahulu kepada menteri.

“Bagaimana seorang menteri boleh berlepas tangan dengan menyalahkan eksekutif sedangkan eksekutif hanya menjalankan tugas tanpa boleh melangkaui kuasa menteri,” tambahnya lagi.

Isu ini tercetus setelah bekas menteri wilayah persekutuan, Shahidan Kassim, sebelum ini mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat individu yang terlibat dan mempersoalkan kelancaran proses pengambilan tanah yang didakwa tergesa-gesa.

Syed Badli Shah turut menyeru semua pihak, terutama pembangkang, agar berhenti menyerang Kerajaan Madani secara membuta tuli.

“Kemelut ini jelas berpunca ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) memerintah.

“Justeru, saya menggesa Annuar tampil memberi penjelasan dan tidak terus mendiamkan diri seperti seorang pengecut,” katanya.

Berita berkaitan
Maszlee sedia berdebat, adakah Onn Hafiz akan sahut?
13 jam lalu· Politik
Speaker umum kekosongan kerusi Pandan dan Setiawangsa
June 22, 2026· Politik
AMK minta rujuk Felda berhubung isu tangguh sambutan Hari Peneroka
June 20, 2026· Politik
PH ada calon MB, Zaliha anggap desakan Onn Hafiz sekadar polemik
June 20, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Keputusan rayuan Guan Eng, isteri dan ahli perniagaan diketahui hari ini
2 jam lalu · Politik
Tiada arahan sekat Onn Hafiz masuk ke FELDA: Zahid
2 jam lalu · Politik
Kerajaan pusat dan negeri sepakat tangani cabaran ekonomi: Anwar
13 jam lalu · Politik
Bersatu persoal keabsahan Mesyuarat Tertinggi PN, langgar kehendak RoS
13 jam lalu · Politik
Kecoh kenyataan awal dipadam, pengguna FB kantoikan tangkap layar akaun Samsuri
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok