Kini giliran Bersatu rasai pengalaman bersama PAS yang tak kenang jasa: Rafizi

September 20, 2025 · Politik

Rafizi Ramli menyifatkan perselisihan antara PAS dan Bersatu berhubung isu dana pilihan raya sebagai sesuatu yang tidak mengejutkan, malah semua parti yang pernah menjadi sekutu dengan parti tersebut sudah merasai pengalaman sama.

Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, bekas sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat, PKR dan DAP sudah melalui pengalaman pahit yang sama sebelum ini apabila ditinggalkan selepas merasakan tidak mempunyai kepentingan lagi.

“Semua yang pernah berkerjasama dengan PAS telah melalui pengalaman ini. Sekarang zaman Bersatu,” jelas Rafizi dalam wawancara podcast malam tadi.

Beliau mengulas laporan media mengenai pertikaian terbuka antara kedua-dua parti Perikatan Nasional (PN) itu, yang tercetus selepas Pengarah Pilihan Raya PAS,Muhammad Sanusi Md Nor menyindir Bersatu kerana dikatakan bergantung sepenuhnya kepada jentera PAS.

Kenyataan itu dibalas bekas ketua setiausaha sulit presiden Bersatu, Marzuki Mohamad yang mendedahkan Bersatu sebenarnya menanggung perbelanjaan pilihan raya PAS semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Rafizi mempercayai berhubung pendedahan Bersatu lebih banyak keluar dana untuk membantu kempen PAS berdasarkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membeku dan merampas beberapa akaun bank parti itu sebelum ini.

“Saya tak terkejutlah kalau Bersatu kata mereka bagi wang kepada PAS tapi sekarang ini masa untuk PAS rasa dia tak lagi perlukan Bersatu,” ujarnya lagi.

Beliau turut menyindir dengan menyatakan pemimpin Bersatu tidak perlu berdepan kesukaran berhubung kes Jana Wibawa jika tidak membiayai PAS.

Mengulas mengenai kecenderungan politik PAS, Rafizi menambah parti itu tidak mempunyai sejarah untuk kekal lama dalam mana-mana gabungan.

“Macam mana pun dia akan sampai ke satu peringkat yang PAS rasa kekuatan dia, kehebatan dia mengatasi semuanya, jadi orang lain tak penting,” katanya lagi.

Berita berkaitan
PRN Melaka: PAS nafi akan umum calon sepentas dengan BN
8 jam lalu· Politik
Rafizi mahu saman Ramanan susulan kenyataan media
9 jam lalu· Politik
AGC bawa kes pembatalan pendaftaran PN ke Mahkamah Rayuan
9 jam lalu· Politik
Mahkamah gantung notis batal pendaftaran PN
October 22, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
DUN Sarawak bubar 26 Oktober ini, beri laluan PRN diadakan
9 jam lalu · Politik
Kerajaan terus buru aset 1MDB walaupun Najib diampunkan
13 jam lalu · Politik
Abang Johari panggil sidang media khas, DUN Sarawak bakal bubar?
13 jam lalu · Politik
Ismail Lasim nafi letak jawatan MB Negeri Sembilan
October 22, 2026 · Politik
12 tuntutan MA63 dalam empat tahun berjaya diselesaikan: Mustapha
October 22, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok