Harga mingguan minyak.
Anwar Ibrahim menegaskan bahawa semua hasil penjimatan daripada pelaksanaan penyasaran subsidi akan dikembalikan kepada rakyat melalui pelbagai inisiatif, terutamanya bagi menambah baik infrastruktur dan membaiki kerosakan akibat bencana.
Perdana Menteri memberikan jaminan langkah kerajaan itu akhirnya akan memberi manfaat langsung kepada rakyat, antaranya pemberian penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 kepada kumpulan sasar.
“Kita mampu memberikan hasil kembali kepada rakyat seperti penghargaan SARA.
“Walaupun RM100, implikasi kewangan kepada kerajaan ialah RM2 bilion. Ini dapat dilakukan kerana penyasaran subsidi minyak diesel dahulu,” jelasnya semasa berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini.
Anwar turut memberi contoh kerosakan teruk akibat banjir di Sabah baru-baru ini untuk menggambarkan keperluan mendesak untuk peruntukan tambahan.
Beliau berkata dana daripada penjimatan subsidi itu akan dialihkan untuk membaiki sekolah, klinik, dan jalan raya yang rosak.
“Cerun jalan, klinik dan sekolah semua harus diperbaiki. Jadi ada beban baharu yang kita harus manfaatkan daripada dana ini untuk membantu rakyat yang terjejas.
“Tumpuan kita masih dalam bidang pendidikan, kesihatan dan prasarana asas,” ujarnya.
Terdahulu, Anwar mengumumkan penurunan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter untuk rakyat Malaysia bermula 30 September ini, manakala warga asing akan membayar pada harga RM2.60 seliter.
Langkah ini dijangka menjimatkan dana kerajaan yang kemudiannya akan dipulangkan untuk kebajikan rakyat.
Ahli NGO didakwa cuci wang hampir RM18 juta, beli banglo dan kenderaan mewah
Kos sara hidup lebih terkawal, inflasi turun empat tahun berturut-turut: Armizan
Ops Lusuh tumpaskan sindiket simpan peralatan telekomunikasi curi di Sarawak
Pengesahan had umur: MCMC boleh kenakan denda RM10 juta kepada platform media sosial
Selepas 20 Tahun di Brunei, MP Miri bantu bapa empat anak kembali bina hidup baharu
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar