Asyraf tegur hiburan konsert di konvokesyen UniKL, arah semak etika

November 28, 2026 · Isu semasa

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan pengurusan MARA dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) menyemak serta menambah baik kod etika penganjuran majlis konvokesyen susulan kontroversi persembahan hiburan ala konsert yang tular di media sosial.

Beliau menyifatkan persembahan sedemikian sebagai tidak wajar dan kurang beradab kerana majlis konvokesyen sepatutnya menjadi acara kemuncak pengiktirafan terhadap kejayaan akademik serta pemartabatan ilmu.

Menurutnya, sebarang elemen hiburan yang diselitkan dalam majlis berkenaan perlu mengambil kira kesesuaian lagu, pakaian dan konsep persembahan agar tidak menjejaskan nilai serta imej institusi pendidikan.

“Kalau pun hendak ada nyanyian dan persembahan artis jemputan di waktu sela masa rehat, pemilihan lagu, pakaian dan orientasi persembahan mestilah bersesuaian dengan majlis istiadat ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Asyraf berkata, pendidikan bukan sekadar proses mendapatkan pengetahuan dan menguasai kemahiran, sebaliknya turut berperanan membentuk adab, menyemai nilai serta membina keperibadian seseorang.

“Majlis konvokesyen adalah manifestasi ilmu dan adab yang perlu dipelihara,” katanya.

Beliau turut memaklumkan sudah memanggil Naib Canselor UniKL dan Ketua Pengarah MARA untuk membentangkan langkah penambahbaikan yang akan dilaksanakan.

Pertemuan itu dijadual berlangsung Isnin ini bagi membincangkan tindakan susulan, termasuk penambahbaikan penganjuran majlis konvokesyen di universiti serta institusi pendidikan di bawah MARA.

Kontroversi itu tercetus selepas beberapa rakaman persembahan hiburan sempena Konvokesyen UniKL Ke-23 tular menerusi akaun rasmi universiti berkenaan di TikTok dan Facebook.

Antara artis yang membuat persembahan ialah Wani Kayrie, kumpulan Bunkface dan K.O.I. (Konflict of Interest).

Konvokesyen UniKL Ke-23 berlangsung dari 21 hingga 26 November di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), membabitkan 11 sesi dan meraikan seramai 8,147 graduan.

Isu berkenaan mencetuskan perbincangan mengenai batas hiburan dalam majlis rasmi institusi pendidikan, khususnya berkaitan usaha mengekalkan nilai kesopanan dan tradisi akademik.

Berita berkaitan
Tuanku Muhriz bertitah mahu UKM perkukuh integriti dan tadbir urus
November 21, 2026· Isu semasa
Asyraf Wajdi: Belum cukup dana untuk bayar denda Najib
November 4, 2026· Politik
BN-PN berpotensi bekerjasama di peringkat Persekutuan: Asyraf Wajdi
October 31, 2026· Politik
Belanjawan 2027: RM130 juta perkasa industri kreatif
October 9, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar arah siasatan penuh kes seludup dadah guna pesawat TUDM
November 28, 2026 · Isu semasa
MINDEF tidak lindungi anggota tentera terbabit dadah: Khaled Nordin
November 28, 2026 · Isu semasa
MySiren diuji esok, telefon bimbit bakal terima amaran serentak
November 28, 2026 · Isu semasa
Isu cip Nvidia: Malaysia arah syarikat elak urus niaga dengan firma disekat AS
21 jam lalu · Isu semasa
Kabinet arah pangkalan udara dikawal ketat susulan kes dadah TUDM: Fahmi
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok