Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim akan memulakan lawatan rasmi pertamanya ke Timor-Lesta selama dua hari bermula Rabu, bagi mengukuhkan hubungan dua hala dan menyokong aspirasi negara itu untuk menjadi ahli ke-11 ASEAN.
Lawatan bersejarah ini merupakan kunjungan pertama Perdana Menteri Malaysia dalam tempoh 22 tahun dan dijangka memperkukuh lagi ikatan antara kedua-dua negara.
Anwar dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Presidente Nicolau Lobato pada pukul 3 petang waktu tempatan dan akan disambut oleh Presiden Timor-Leste, Dr José Ramos-Horta, serta Perdana Menterinya, Kay Rala Xanana Gusmão.
Menurut Duta Besar Malaysia ke Timor-Leste, Amarjit Singh, agenda rasmi Anwar termasuk menghadiri istiadat sambutan negara di Istana Presiden, mengadakan kunjungan hormat, serta menghadiri jamuan rasmi yang dianjurkan oleh pemimpin tertinggi Timor-Leste.
Pada hari kedua, Anwar akan menyampaikan ucaptama di Parlimen Nasional dan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Gusmão, serta menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU).
Beliau juga akan berinteraksi dengan komuniti rakyat Malaysia dan alumni program kerjasama teknikal Malaysia.
Amarjit menegaskan bahawa lawatan ini amat signifikan dan mencerminkan komitmen berterusan Malaysia terhadap integrasi Timor-Leste dalam ASEAN.
“Malaysia konsisten menyokong Timor-Leste sejak sebelum kemerdekaannya. Lawatan ini melambangkan sokongan berterusan kami terhadap aspirasi negara ini untuk bersama keluarga ASEAN,” katanya.
Dagangan dua hala antara Malaysia dan Timor-Leste mencatat nilai RM85 juta pada tahun lalu, dengan kira-kira 250 syarikat Malaysia beroperasi di sana dalam pelbagai sektor.
Hubungan antara rakyat juga semakin erat dengan pemberian kemudahan bebas visa kepada rakyat Malaysia sejak Ogas lalu.
Timor-Leste, yang memohon menyertai ASEAN pada 2011, dijangka diterima secara rasmi sebagai anggota pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur bulan depan.
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
Kes scam: Panik kena dakwa, wanita jual barang kemas RM500,000
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
MCMC siasat video pementasan 2018 yang kembali tular
Gaji rakyat Malaysia naik kepada RM3,803 pada 2025
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum