Tun Dr Mahathir Mohamad.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan ke atas aset yang disyaki dimiliki oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, diperluas ke beberapa negara termasuk Switzerland dan United Kingdom (UK).
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata pihaknya tidak menumpukan siasatan kepada satu negara sahaja.
“Ada (negara lain yang disiasat). Betul kita juga melihat pada negara-negara lain seperti Switzerland,” jelasnya ketika ditanya pendedahan terbaharu itu.
Bagaimanapun, Azam enggan mengulas lanjut butiran kerjasama dengan pihak berkuasa Switzerland, sambil menegaskan fokus utama masih dengan rakan sejawat di UK.
“Kami masih lagi berkolaborasi dengan pihak UK antaranya yang dinamakan IACCC (International Anti-Corruption Coordination Centre)… yang sedang membantu kami sekiranya ada apa-apa aset yang melibatkan Dr. Mahathir dan masih belum ada perkembangan,” ujarnya.
Kenyataan ini dilihat sebagai kesinambungan kepada perkembangan sebelumnya, di mana Azam mendedahkan pihaknya sedang mendapatkan maklumat terperinci dari UK mengenai aset didakwa milik Mahathir.
Menyindir kenyataan awal Azam itu, Dr Mahathir sebelum ini dengan sinis berkata, “Rupa-rupanya saya ada harta di UK. Saya tak tahu. Tolong beri tahu kepada saya supaya saya dapat claim (tuntut) harta ini.”
Siasatan terhadap aset keluarga Dr Mahathir ini bukanlah perkara baru.
Beberapa bulan lalu, SPRM telah memulakan siasatan terhadap anak-anak beliau, Mirzan Mahathir dan Mokhzani Mahathir, berhubung maklumat pendedahan kewangan di luar negara berdasarkan dokumen tersirat seperti Pandora Papers.
Kerajaan perketat kawalan platform e-dagang, terima aduan pengguna banyak: Fahmi
KJ mohon mahkamah dedah siapa di sebalik artikel fitnah
Kes scam: Ingat arahan bos, kerani pindah RM452,000
Jerebu makin meluas, 29 kawasan catat IPU tidak sihat
Gempa bumi lemah 3.1 gegar perairan Batu Pahat
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri