SPRM sahkan Anwar tiada bukti akaun luar negara seperti didakwa

September 26, 2025 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali lagi menolak dakwaan lama yang mendakwa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, memiliki 20 akaun bank di luar negara, termasuk di Israel.

Dakwaan yang kembali tular di platform media sosial seperti TikTok itu disahkan telah disiasat dan ditutup lebih dua dekad lalu.

Menurut SPRM, siasatan terperinci telah dijalankan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR), iaitu nama lama SPRM, pada tahun 1999.

Hasil siasatan mendapati tiada sebarang bukti kukuh yang dapat mengaitkan Anwar dengan sebarang kesalahan jenayah rasuah atau salah guna kuasa.

“Penjelasan mengenai hasil siasatan tersebut turut dinyatakan dalam akuan bersumpah oleh Abdul Razak Idris, mantan pengarah siasatan BPR, yang dibuat pada 2009,” jelas SPRM dalam kenyataan rasminya.

SPRM juga menekankan dakwaan yang didakwa bersumberkan WikiLeaks pada tahun 2013 adalah tidak berasas.

“Laman web pendedahan maklumat itu sendiri menafikan pernah menerbitkan sebarang senarai akaun bank milik Anwar seperti yang didakwa oleh pihak tertentu,” tambah kenyataan itu.

Dengan penjelasan ini, SPRM mengingatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi atau kenyataan yang boleh mengelirukan orang ramai dan menjejaskan reputasi individu tanpa asas yang sahih.

SPRM memberi jaminan sentiasa komited untuk menjalankan setiap siasatan secara adil, bebas dan berintegriti mengikut lunas undang-undang yang berkuat kuasa di negara ini.

Berita berkaitan
Kerajaan teruskan bantuan BUDI Agri-Komoditi: Anwar
15 jam lalu· Isu semasa
21 pemimpin cabang PKR Shah Alam umum keluar parti
18 jam lalu· Politik
Malaysia gesa perjanjian damai AS-Iran dipercepat: PMX
May 24, 2026· Isu semasa
Tengku Zafrul diberi peranan baharu jaga kerusi Parlimen Pandan: Amiruddin
May 24, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Bekalan minyak negara stabil hingga Julai: Akmal Nasrullah
15 jam lalu · Isu semasa
JAWI kekalkan status sesat bagi ajaran Ahmadiah, Qadiani
16 jam lalu · Isu semasa
Harga sayur naik di Kelantan, Mat Sabu arah FAMA pantau
16 jam lalu · Isu semasa
Pencalonan Anugerah Seri Angkasa 2026 dibuka 4 Jun
16 jam lalu · Isu semasa
Institusi tempatan dominasi pembelian saham, kekalkan momentum positif
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok