Mohamed Azmin Ali.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Mohamed Azmin Ali, menafikan spekulasi berhubung hasratnya untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang Selangor adalah tidak benar sama sekali.
Kenyataan itu dikeluarkan Azmin bagi memberi penjelasan susulan desas-desus yang tersebar mengatakan beliau menghantar mesej WhatsApp kepada kesemua 21 ADUN Perikatan Nasional (PN) Selangor lain, memaklumkan hasrat untuk berundur berkuat kuasa 1 Oktober ini.
Mesej itu juga didakwa menggesa ADUN PN berbincang bagi melantik ketua baharu.
Menurut laporan media, mesej berkenaan kemudian dipadamkan setelah beberapa ADUN termasuk ADUN Paya Jaras, Halim Tamuri daripada PAS, memberikan reaksi dan mencadangkan perkara itu dibincangkan lebih lanjut.
Laporan tersebut turut mendakwa satu mesyuarat tergempar telah diadakan.
Menurut laporan media, Azmin dengan tegas membidas khabar angin tersebut.
“Tidak benar. Hentikan khabar angin,” katanya dipetik laporan portal.
Beliau menekankan komitmennya untuk terus berkhidmat.
“Saya sentiasa optimistik. Kita usaha sedaya upaya. Rakyat mesti dibantu,” tambah Azmin yang juga Setiausaha Agung Bersatu itu.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor yang lalu, PN berjaya meningkatkan penguasaan kerusi dengan memenangi 22 kerusi, manakala Pakatan Harapan-Barisan Nasional memegang 34 kerusi.
Pemuda PH Negeri Sembilan desak MB kemuka senarai Exco baharu
Wanita PKR gesa institusi raja tidak dijadikan medan politik
Tindakan RoS gantung PN bukan dibuat sewenang-wenangnya: Zahid
MB sahkan Exco Negeri Sembilan dilarang masuk pejabat selepas titah Tuanku
Penggantungan dua pegawai kanan Negeri Sembilan dipertikai, AG tegaskan kekal bertugas
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum