Perdana Menteri, Anwar Ibrahim merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-40 Pasar Tani Peringkat Kebangsaan.
Anwar Ibrahim menekankan kepentingan kerjasama erat antara semua agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh petani dan nelayan secara lebih berkesan.
Perdana Menteri menegaskan bahawa pendekatan bersepadu amat diperlukan dan tiada agensi boleh berfungsi secara bersendirian bagi mencari pendekatan terbaik untuk menangani masalah yang membelenggu kumpulan tersebut.
“Penyelesaian masalah petani ini bukan sahaja dengan FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan), mesti dengan Jabatan Pertanian, mesti dengan LPP (Lembaga Pertubuhan Peladang) dan mana-mana kaedah serta badan dan agensi yang boleh menyelaras,” kata semasa berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-40 Pasar Tani Peringkat Kebangsaan hari ini.
“Apa yang dilakukan FAMA dan Kementerian Pertanian itu penting kerana bila harga terjamin, kita boleh tekankan supaya pengeluaran bertambah,” tambahnya lagi.
Anwar turut menggesa KPKM dan agensinya untuk sentiasa berfikir di luar kotak dalam mencari kaedah baharu meningkatkan pengeluaran dan pemasaran produk tempatan.
Beliau memberikan contoh kejayaan inisiatif penanaman bawang tempatan dan pemasaran durian yang kini mencecah nilai eksport berbilion ringgit.
“Sebab itu saya kata, sentiasa memikirkan kaedah baharu… kalau betul nak tolong petani dan nelayan kecil, maka pertamanya, minta hasil ditambah, dan menjamin harga yang munasabah. Dan ini peranan FAMA, maknanya ambillah langkah apa pun yang perlu,” ujarnya.
Dalam pada itu, Anwar menggalakkan rakyat Malaysia memanfaatkan ruang tanah di kediaman masing-masing untuk aktiviti pertanian kecil-kecilan bagi mengurangkan perbelanjaan isi rumah.
Kerajaan bersedia menyokong inisiatif tersebut dengan bekalan benih dan latihan.
Mengimbau sejarah Pasar Tani yang ditubuhkan ketika beliau menjadi Menteri Pertanian, Anwar berkata konsep itu lahir bagi membantu petani mengelakkan orang tengah.
Sehingga kini, Pasar Tani telah berkembang ke 229 lokasi di seluruh negara dengan melibatkan lebih 5,600 usahawan.
“Alhamdulillah kerana permulaan itu, saya nak buktikan ia boleh dilakukan, bukan sekadar teori sahaja… bila kita sendiri usahakan, bawa ke Wisma Tani kemudian jual dan selesai… dengan petaninya, dengan pegawai FAMA yang bawa lori, semua gembira luar biasa,” ujarnya.
Insiden bom Selatan Thailand, rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan
Kos sara hidup, pelaburan jadi fokus Belanjawan 2027: Fahmi
Lebih 1,500 warga Papar sertai kempen Internet Selamat
Mekanisme subsidi diesel bakal ditambah baik: Armizan
Polis rakam keterangan Hadi, telefon pentadbir Facebook diambil: Laporan
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri