Penyelarasan harga subsidi RON95.
Inisiatif subsidi petrol RON95, BUDI MADANI RON95 (BUDI95), mencatatkan transaksi sebanyak RM2.6 juta pada hari pertama pelaksanaannya, merangkumi pembelian kira-kira 1.3 juta liter petrol.
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, jumlah tersebut direkodkan setakat pukul 9 malam hari ini, yang melibatkan pembelian petrol pada harga subsidi RM1.99 seliter oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia sebagai kumpulan pertama yang menikmati manfaat tersebut.
Berdasarkan pemantauan di lapangan, urusan pembelian petrol menggunakan kad pengenalan MyKad berjalan dengan lancar.
“Berdasarkan laporan di lapangan, urusan BUDI95 berjalan lancar dengan sistem BUDI95 stabil dan pembacaan MyKad oleh terminal di stesen minyak beroperasi dengan baik,” menurut kenyataan itu.
Kementerian itu juga menyampaikan penghargaan kepada semua anggota tentera dan polis yang merupakan perintis dalam memanfaatkan inisiatif kerajaan ini.
Bermula esok, program BUDI95 akan diperluaskan kepada lebih lima juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) daripada golongan B40.
Pelaksanaan penuh program ini dijadualkan pada 30 September ini, yang akan membolehkan seramai 16 juta rakyat Malaysia yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif menikmati subsidi petrol tersebut.
Sejak portal BUDI95 dibuka untuk semakan kelayakan pada 25 September lalu, seramai 8.1 juta orang telah menyemak status kelayakan mereka.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh merujuk soalan lazim di portal rasmi BUDI95 atau menghubungi talian bantuan yang disediakan.
Sasar 5,010 peserta sertai latihan AI di NADI seluruh negara: Fahmi
Kerajaan perkasa bantuan guaman syarie dengan peruntukan baharu RM1.5 juta: PMX
Portal rasmi KKM diserang penggodam
Isa Samad kekal dipenjara, mahkamah tolak permohonan semakan
Kerajaan masih perhalusi cadangan tangani isu Rohingya
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar