Kadar inflasi.
Program Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bernilai RM100 telah berjaya ditebus oleh hampir 13 juta rakyat Malaysia yang layak, dengan jumlah perbelanjaan keseluruhan mencecah RM1 billion.
Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan, berkata inisiatif program SARA banyak membantu golongan isi rumah B40, terutamanya mereka yang menetap di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Beliau menekankan kejayaan pelaksanaannya di negeri seperti Sabah, di mana lebih 98 peratus penerima telah menggunakan bantuan tersebut.
“Kadar penebusan di negeri-negeri seperti Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak adalah antara yang tertinggi di seluruh negara,” jelas Amir Hamzah.
Kenyataan itu menolak tanggapan penggunaan MyKad menyukarkan warga emas atau penduduk luar bandar untuk menebus bantuan.
Tambah beliau, program SARA bukan sahaja memberi manfaat kepada penerima, malah turut menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
“Skim ini telah memberikan manfaat kepada PMKS yang menikmati jualan lebih kukuh berikutan peningkatan kuasa beli penerima,” ujarnya.
Jumlah kedai runcit yang menyertai program ini juga telah meningkat kepada lebih 8,100 di seluruh negara.
Program yang diperluas kepada 5.4 juta penerima mulai 1 April lalu membenarkan penebusan untuk barangan keperluan asas seperti makanan ruji, barang dapur, produk kebersihan diri, dan alat tulis.
“Kategori ini memastikan keluarga bukan sahaja memenuhi keperluan pemakanan harian mereka tetapi juga akses kepada barangan keperluan isi rumah pada harga berpatutan,” tambahnya.
Pelaksanaan SARA yang meliputi hampir lapan kali ganda penerima berbanding sebelum ini membuktikan komitmen kerajaan dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Syed Azman Tokoh Perdana Maulidur Rasul, Anwar ucap tahniah kepada semua penerima
Cadangan Audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet: Anwar
Zahid sokong siasatan Tabung Haji selepas 2017
Sosma masih relevan, Ayob Khan tolak ISA dikembalikan: Laporan
Anwar: Jadikan ajaran Rasulullah panduan hidup
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri