Anwar raikan PM China ke Sidang Asean, perkukuh kerjasama

May 26, 2025 · Isu semasa

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, beliau bersama Perdana Menteri China, Li Qiang bersetuju untuk terus mempertingkat kerjasama strategik, khususnya melalui platform Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China yang berlangsung esok.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menzahirkan penghargaan atas komitmen tinggi Republik Rakyat China memperkukuh kerjasama serantau di masa hadapan.

“Antara bidang tumpuan termasuk ekonomi, industri halal, perdagangan, pengangkutan terutamanya berkaitan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), tenaga hijau serta pembangunan teknologi kecerdasan buatan,” katanya menerusi hantaran di laman Twitter beliau, malam ini.

Beliau berkata demikian sempena pertemuan dua hala dengan Li, di samping Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 2025 di sini, pada Isnin.

Anwar turut merakamkan penghargaan Malaysia terhadap sokongan China dalam usaha meningkatkan solidariti dan kerjasama antara negara Selatan Global.

Beliau berkata, ia secara tidak langsung menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran di peringkat serantau dan global.

“Kerjasama erat ini amat bermanfaat buat Malaysia, China dan seluruh ASEAN. Semoga Sidang Kemuncak ini dapat merangsang pertumbuhan ekonomi rantau secara menyeluruh,” katanya.

Li tiba ibu negara awal hari ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China yang diadakan buat julung-julung kalinya di Kuala Lumpur.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan mesyuarat berkaitan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini dan esok, serta Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2.

Tahun ini menandakan kali kelima Malaysia memegang jawatan Pengerusi ASEAN sepanjang sejarahnya sebagai anggota blok serantau itu, setelah mempengerusikannya sebelum ini pada 1977, 1997, 2005 dan 2015. – Bernama

Berita berkaitan
Peguam kelahiran Malaysia dilantik ketua rangkaian guaman global
7 jam lalu· Isu semasa
Anwar: Waze mungkin diharamkan demi keselamatan negara
9 jam lalu· Isu semasa
BDS sokong larangan Waze, minta pertimbang juga tamatkan kontrak AWS
9 jam lalu· Isu semasa
Anwar doakan Ustaz Wadi Annuar segera pulih selepas terlibat kemalangan
13 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pengendali aplikasi TuJu mohon maaf, navigasi dijangka pulih 6 November
3 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat Facebook gagal sekat video serangan guru: Fahmi
6 jam lalu · Isu semasa
Peminjam PTPTN bergaji RM2,500 hanya perlu bayar RM50 sebulan: Adam Adli
6 jam lalu · Isu semasa
Tiada syarikat malaysia terbabit pembakaran hutan Indonesia: Fahmi
8 jam lalu · Isu semasa
Kes cabul anak pegawai kanan polis: Arkitek bergelar Datuk dihadapkan ke mahkamah
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok