Jemputan Trump dibuat berlandas konteks ASEAN, bukan sokongan peribadi: Saifuddin

September 30, 2025 · Isu semasa

Saifuddin Nasution Ismail, menegaskan jemputan kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump perlu dilihat daripada perspektif kepengerusian Malaysia di ASEAN, dan bukan sebagai satu sokongan peribadi terhadap pemimpin itu.

Menteri Dalam Negeri berkata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, akan berucap mewakili konsensus sepuluh negara anggota ASEAN yang mempunyai 680 juta penduduk, dan bukannya semata-mata mewakili hubungan dua hala Malaysia-AS.

“Presiden Trump datang bukan atas kapasiti hubungan dua hala Malaysia-Amerika semata-mata. Perdana Menteri hadir sebagai ketua kepada satu rantau besar dengan 680 juta penduduk, ekonomi yang stabil dan robust, untuk berdepan dengan pemimpin dunia lain,” jelas Saifuddin semasa berucap di Himpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Mengulas bantahan terhadap kehadiran Trump yang menyokong Israel, Saifuddin mengajak orang ramai menilai isu tersebut secara matang dan berhikmah.

“Allah arahkan supaya berhujah dengan bahasa lemah-lembut. Siapa pemimpin yang paling kejam satu ketika dulu? Firaun. Tapi apa Tuhan suruh? Pergilah berjumpa Firaun dan berhujahlah dengan bahasa lemah lembut,” katanya, menekankan kepentingan dialog berdepan.

Saifuddin turut merujuk kepada sebuah hadis yang menyatakan bahawa jihad terbesar adalah menyampaikan kebenaran di hadapan pemerintah yang zalim.

“Jihad yang paling besar ialah berkata benar di hadapan pemerintah yang jahat. Tiba-tiba interaksi dengan pemerintah yang jahat dikatakan sebagai kita bersahabat dengan syaitan? Nak sampaikan pendirian kita bagaimana kalau tidak berdepan?” soal beliau.

Beliau menegaskan sidang kemuncak itu adalah platform untuk Malaysia dan ASEAN menyuarakan pendirian mereka secara terus, termasuk isu Palestin.

“Kita boleh sebut dengan tegas, dia duduk depan kita, kita kata kita mengutuk serangan ganas, kita kutuk dasar yang menyokong Israel,” katanya.

Penegasan itu menyusul kenyataan Perdana Menteri Ahad lalu yang menempelak pihak mempertikaikan jemputan tersebut, sambil menegaskan platform diplomasi itu akan digunakan untuk terus memperjuangkan isu Palestin.

Berita berkaitan
Isu seludup dadah TUDM: Anwar gesa jangan lindungi pengkhianat dalam pasukan keselamatan
6 jam lalu· Isu semasa
Malaysia perlu tingkat kewaspadaan keselamatan: Anwar
6 jam lalu· Isu semasa
Kemelut politik tak jejas projek pembangunan di Negeri Sembilan: Anwar
November 28, 2026· Politik
Pengurusan institusi kerajaan perlu bebas pengaruh politik: Anwar
November 28, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Isu penutupan premis Jumaat: Polis rakam keterangan lima individu termasuk MP Kota Melaka
4 jam lalu · Isu semasa
Shuhaily dipindah, kembali bertugas bersama PDRM? – Laporan
4 jam lalu · Isu semasa
Universiti diingatkan kawal hiburan ketika konvokesyen: Zambry
4 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sedia saluran alternatif jika MySiren gagal berfungsi
4 jam lalu · Isu semasa
MCMC perkukuh tindakan terhadap jualan barangan terlarang dalam talian
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] 13 platform e-dagang sepakat banteras jualan barangan terlarang
4 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok