Razali Idris.
Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Terengganu, Razali Idris, mendedahkan mengambil keputusan untuk pulang awal semasa majlis makan malam rasmi pelancongan antarabangsa kerana tidak selesa dengan penyajian arak secara terbuka.
Razali yang juga Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri itu menegaskan perkara tersebut amat tidak menghormati tetamu beragama Islam dan tidak menepati aspirasi Rukun Negara.
“Peristiwa menyajikan minuman beralkohol ini sangat tidak menghormati tetamu yang beragama Islam.
“Pelayan-pelayan hotel membawa minuman beralkohol secara bebas,” tegas Razali ketika mengesahkan kehadirannya di Global Travel Meet 2025 Gala Dinner anjuran Tourism Malaysia baru-baru ini.
Beliau turut meluahkan rasa hairan dengan persembahan kebudayaan oleh pelajar sekolah pada malam itu.
“Malahan ada persembahan kebudayaan daripada pelajar sekolah yang segak berpakaian kebangsaan sewaktu hidangan beralkohol mula diberikan kepada tetamu.
“Perkara ini sangat serius,” katanya mempersoalkan etika penganjuran majlis berkenaan.
Razali turut mempertikaikan nilai ekonomi program berkenaan yang didakwa menjana impak RM420 juta dan menegaskan pendekatan berbeza yang diambil oleh negeri Terengganu.
“Saya hendak memberitahu bahawa di Terengganu, kami memperkenalkan pelancongan mesra muslim. Bukan sahaja ramai pelancong tempatan, malahan pelancong asing yang bukan beragama Islam pun ramai yang datang,” katanya.
Tegasnya, keunikan dan nilai kesopanan setempat mampu menjadi tarikan pelancong tanpa mengorbankan prinsip agama dan budaya.
Laporan RCI Tabung Haji: Amaran BNM sejak 2014 tidak diendahkan, tanggung rugi RM10 bilion
Pelaku sebabkan kerugian Tabung Haji akan disiasat : PM
Myanmar setuju terima semula 5,000 Rohingya dari Malaysia
Sindiket SMS penipuan guna fake BTS digempur MCMC, seorang ditahan di Johor
Rosmah gagal gugurkan hakim kes solar, mahkamah tolak permohonan
[VIDEO] Jangan tertipu ‘cium mulut’ BN dan PAS, jangan beri satu undi pun kepada UMNO
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS