Krisis Bersatu Terengganu: Tiga pemimpin kanan lepaskan jawatan

August 7, 2026 · Politik

Bersatu Terengganu berdepan krisis kepimpinan apabila tiga pemimpin kanan negeri mengumumkan peletakan jawatan masing-masing, sekali gus mencetuskan tanda tanya terhadap hala tuju parti itu di negeri berkenaan.

Perkembangan itu bermula apabila Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu, Razali Idris mengumumkan peletakan jawatan yang disandangnya sejak 10 tahun lalu, berkuat kuasa serta-merta.

Razali, yang juga Exco Kerajaan Negeri, mengesahkan surat peletakan jawatannya telah diserahkan kepada Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin pada 16 Julai lalu, namun sehingga kini belum menerima sebarang keputusan daripada ibu pejabat parti.

“Saya sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Ketua Badan Pimpinan Bersatu kepada Muhyiddin pada pertengahan bulan lalu. Setakat ini, pihak ibu pejabat parti termasuk Muhyiddin belum mengesahkan atau membuat keputusan untuk menerima atau menolak peletakan jawatan itu,” katanya dipetik laporan media.

Menurut Razali, beliau juga akan melepaskan jawatan sebagai Ketua Bersatu Bahagian Marang pada 15 September depan bagi memberi ruang menyelesaikan urusan pentadbiran parti di peringkat bahagian.

“Saya hanya meletakkan jawatan sebagai Ketua Badan Pimpinan dan Ketua Bahagian, tetapi masih kekal sebagai ahli parti,” katanya.

Krisis itu semakin memuncak apabila dua lagi pemimpin kanan negeri turut mengambil keputusan sama. ADUN Telemong, Mohd Zawawi Ismail melepaskan jawatan sebagai Ketua Penerangan Bersatu Terengganu, manakala ADUN Hulu Besut, Mohd Husaimi Hussin mengundurkan diri daripada jawatan Bendahari Bersatu Terengganu.

Perkembangan itu dijangka memberi kesan besar kepada struktur kepimpinan parti di Terengganu, lebih-lebih lagi apabila Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu, Khazan Che Mat turut memberi bayangan kemungkinan akan mengikut jejak langkah rakan-rakan kepimpinannya.

Khazan, yang juga Ketua Bersatu Bahagian Kuala Nerus serta Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, memberi isyarat pendiriannya bergantung kepada keputusan Razali.

“Saya menyertai Bersatu pada 2016 atas pelawaan Razali. Jika dia letak jawatan, buat apa saya nak terus memegang jawatan. Jika kepala tiada, ekor akan mengikuti,” katanya.

Razali merupakan antara pengasas awal Bersatu di Terengganu sejak parti itu ditubuhkan pada 2016 dan memainkan peranan penting membina organisasi parti di negeri berkenaan.

Berita berkaitan
Marzuki: Keahlian Bersatu masih sah dalam PN
13 jam lalu· Politik
Bersatu bukan lagi ahli PN kerana bertanding guna logo sendiri: Takiyuddin
August 23, 2026· Politik
Aziz Bari cabar PAS bentuk kabinet bayangan, bukan hanya pandai kritik
August 22, 2026· Politik
PN tiada hak halang BN runding dengan parti lain: Tuan Ibrahim
August 21, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Mahu jawatan PM, UMNO perlu bersama dengan PN: PAS Selangor
7 jam lalu · Politik
Akmal sahkan Pemuda UMNO akan hadir Muktamar Pemuda PAS
9 jam lalu · Politik
Adam Adli: Rundingan BN-PH belum bermula, tapi masih terbuka
9 jam lalu · Politik
PAS dan Tebuk Atap 2.0: UMNO masih tak berganjak pilih Kerajaan Perpaduan
13 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Ab Rauf nafi jumpa Hadi hari ini
August 23, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok