CEO Petronas mohon maaf atas insiden ‘mandi champagne’ semasa F1 Singapura

October 7, 2025 · Isu semasa

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Petronas, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz mengeluarkan kenyataan memohon maaf secara terbuka berikutan tindakannya dalam sambutan kemenangan pasukan Mercedes-AMG Petronas Formula One di Grand Prix Singapura baru-baru ini.

Beliau menyifatkan tindakannya itu sebagai satu “keterujaan spontan” yang mungkin tidak bersesuaian selepas menerima kecaman orang ramai semasa meraikan kemenangan tersebut.

Tengku Taufik yang menerima Trofi Kemenangan Konstruktor bagi pihak pasukan itu mengakui walaupun tidak mengambil sebarang minuman keras, tetapi sebagai seorang Muslim, penglibatannya dalam acara sambutan sedemikian adalah tidak wajar.

“Oleh itu, saya ingin memohon maaf atas perbuatan saya yang secara tidak sengaja telah menyinggung perasaan dan saya mengambil sepenuh tanggungjawab di atas segala tindakan saya,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Insiden yang berlaku pada 5 Oktober itu telah menarik kritikan, termasuk daripada Ketua Penerangan Armada Bersatu, Harris Idaham Rashid, yang mengutuk keras penyertaannya dalam acara ‘mandi champagne’ di atas podium.

Walaupun memohon maaf, Tengku Taufik menegaskan kemenangan tersebut merupakan satu pencapaian penting yang mempamerkan hasil kerjasama jangka panjang Petronas dengan pasukan Mercedes-AMG Petronas F1.

Beliau turut menyatakan penghargaan atas sokongan berterusan orang ramai.

“Berkat usaha gigih Petronas, kejayaan yang dikecapi sekarang dan kecemerlangan yang bakal dicapai di masa akan datang dalam era bahan api mampan mampu membuktikan kebolehan dan keunggulan inovasi ciptaan Malaysia,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Kes culik pasangan Singapura: Enam individu didakwa di mahkamah
August 21, 2026· Isu semasa
Isi petrol bersubsidi, seorang pemandu Singapura kena denda RM20,000
July 4, 2026· Isu semasa
PRN Johor: PH janji kurangkan kebergantungan kerja di Singapura
July 2, 2026· Politik
Petronas diberi peranan urus lapangan gas gergasi Turkmenistan: PMX
June 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar rasmi Menara FINAS baharu, industri kreatif masuk fasa baharu
August 24, 2026 · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan lucut hak wang RM21.1 juta Aman Palestin
2 jam lalu · Isu semasa
Menara FINAS buka era baharu industri filem: Fahmi
2 jam lalu · Isu semasa
Ashwad, Ziana Zain terima gelaran Datuk Melaka
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit terus mengukuh, data ekonomi jadi pemangkin
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok