Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing, mengulangi permohonan maaf atas kekeliruan yang tercetus berikutan isu penghidangan arak dalam satu majlis jamuan makan malam bersama penggiat pelancongan antarabangsa baru-baru ini.
Beliau menyifatkan majlis tersebut sebagai inisiatif sepenuhnya pihak swasta bagi mempromosikan Malaysia dan bukannya acara rasmi kerajaan.
“Saya dan MOTAC menyesali sebarang kekeliruan dan salah faham yang menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan rakyat.
“Sekali lagi, kesulitan amat dikesali,” kata King Sing dalam sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Wan Hassan Mohd Ramli (PN-Dungun).
King Sing menjelaskan majlis yang dihadiri kira-kira 600 orang penggiat industri dari luar negara itu telah dianjurkan sepenuhnya oleh pihak swasta dan acara tersebut berjaya memeterai potensi jualan pelancongan bernilai RM100 juta.
“Penggiat pelancongan ambil alih cuma persiapan, ini tidak lagi jadi makan malam rasmi. Cuma logo kita,” ujarnya lagi.
Jelasnya lagi, majlis berkenaan tidak tertakluk kepada Pekeliling Perkhidmatan 3/2003 memandangkan ia bukan acara anjuran kerajaan.
“Oleh itu pekeliling perkhidmatan 3/2003 tidak terpakai,” jelasnya.
Kenyataan ini disuarakan susulan amaran keras Perdana Menteri, Anwar Ibrahim supaya memastikan kesilapan yang sama tidak berulang.
Anwar menegaskan alasan arak dihidangkan selepas acara rasmi tamat adalah tidak wajar, memandangkan dasar kerajaan secara tegas melarang penghidangan arak dalam sebarang acara rasmi.
Walaupun kontroversi timbul, King Sing memaklumkan acara selama dua hari setengah yang dianjurkan oleh pihak industri itu berjaya menjana impak ekonomi bernilai RM420 juta kepada negara.
Sasar 5,010 peserta sertai latihan AI di NADI seluruh negara: Fahmi
Kerajaan perkasa bantuan guaman syarie dengan peruntukan baharu RM1.5 juta: PMX
Portal rasmi KKM diserang penggodam
Isa Samad kekal dipenjara, mahkamah tolak permohonan semakan
Kerajaan masih perhalusi cadangan tangani isu Rohingya
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar