SPRM beku aset RM486 juta terkait dana 1MDB di Switzerland

October 10, 2025 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya membekukan aset bernilai lebih AS$115 juta (anggaran RM486.4 juta) yang disimpan dalam tiga akaun bank di Switzerland membabitkan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Aset yang didakwa mempunyai kaitan dengan seorang putera dari Turki, Putera Turki Abdullah Abdulaziz Al-Saud itu telah dihalang sebarang urus niaga menerusi perintah mahkamah yang diperoleh pada Khamis lalu.

Perintah penghalangan tersebut dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah 1 Kuala Lumpur, Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor, di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Menurut kenyataan SPRM, permohonan untuk membekukan aset tersebut telah difailkan pada 7 Oktober lalu selepas agensi itu menerima maklumat yang menunjukkan wang berkenaan adalah hasil daripada penyelewengan dana 1MDB.

“Permohonan itu difailkan pada 7 Oktober selepas menerima maklumat bahawa sejumlah besar wang berkenaan dipercayai hasil daripada penyelewengan dana 1MDB yang disalurkan melalui akaun-akaun luar negara,” jelas SPRM.

Agensi itu turut mendedahkan, siasatan mendapati Putera Turki Abdullah Abdulaziz Al-Saud didakwa telah menerima, memindah, dan menggunakan dana hasil penyelewengan 1MDB melalui akaun bank peribadinya.

Melalui perintah mahkamah itu, SPRM berjaya menghalang transaksi melibatkan AS$87,148,732.89 dan AS$12,777,759.74 yang didepositkan dalam dua akaun berbeza di J P Morgan, manakala baki AS$15,394,169 disekat dalam satu akaun di UBS Switzerland.

SPRM menegaskan kejayaan ini membuktikan komitmen berterusan agensi itu dalam memastikan hasil daripada aktiviti haram tidak boleh digunakan atau dipindahkan kepada mana-mana pihak.

Tindakan tegas ini diharap dapat mengukuhkan usaha mengembalikan aset negara yang diseleweng.

Berita berkaitan
Isu minit pengampunan Najib, Polis mungkin panggil Tony Pua
2 jam lalu· Politik
Wang peti besi RM325,000 lesap, pegawai bank didakwa seleweng
10 jam lalu· Isu semasa
Hujah Badan Peguam cabar tahanan rumah Najib didengar 17 Mac 2027
10 jam lalu· Politik
Kuasa pengampunan Agong tidak boleh dicabar: AGC
10 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
1 jam lalu · Isu semasa
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
2 jam lalu · Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
2 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
10 jam lalu · Isu semasa
Isu premis tutup solat Jumaat, Anwar tidak setuju kenyataan Ahli Parlimen
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok