Bekas Setiausaha PN Wilayah Persekutuan, Mahathir Mohd Rais.
Bekas Setiausaha Perikatan Nasional (PN) Wilayah Persekutuan, Mahathir Mohd Rais, mengesahkan kini telah menyertai PKR secara rasmi.
Keputusan beliau untuk mendaftar sebagai ahli PKR ini berasaskan keyakinan penuh terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, serta hala tuju Kerajaan Perpaduan yang diyakininya menekankan prinsip reformasi, keadilan sosial dan integriti pentadbiran.
Mahathir, yang juga bekas Setiausaha Bersatu Wilayah Persekutuan, menyatakan kesediaannya untuk membantu melaksanakan dasar serta agenda pembangunan negara dengan lebih berkesan demi kepentingan rakyat.
“Saya percaya penting untuk memastikan maklumat yang tepat disampaikan kepada rakyat supaya mereka memahami dasar kerajaan dengan jelas dan berasaskan fakta,” katanya dipetik laporan media.
Beliau turut mendedahkan bahawa proses penyertaannya telah disempurnakan dengan menyerahkan borang keahlian kepada Setiausaha Agung PKR, uziah Salleh, dan Pengarah Strategi PKR, Sin Tze Tzin.
“Alhamdulillah, kemasukan saya ke dalam PKR telah diterima dan kini saya secara rasmi menjadi ahli Cabang PKR Batu,” ujarnya mengesahkan status barunya.
Dalam pada itu, Mahathir menegaskan Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama perlu mengekalkan keseimbangan yang adil bagi memastikan Islam dipertahankan sebagai agama Persekutuan tanpa menjejaskan hak penganut agama lain.
Beliau menambah, perjuangan politik bukan sekadar soal kuasa, sebaliknya ia adalah tanggungjawab untuk membina semula keyakinan rakyat terhadap institusi negara berasaskan nilai kejujuran, amanah dan keadilan.
Keputusan beliau untuk menyertai PKR ini mencetuskan kejutan memandangkan beliau baru sahaja pada Januari lalu mengumumkan peletakan jawatan serta-merta daripada Parti Bersatu dan semua jawatannya dalam PN.
Calon PH cabar calon BN berdebat depan pengundi Jeram Padang
Polemik kenyataan Sanusi: Zahid gesa henti salahkan media isu kenyataan politik
Hanya mohon sokongan pengundi awal, bukan beri arahan
Pasukan Peguam PH dakwa wujud asas undang-undang siasat Asyraf Wajdi
PKR tidak perlu bersaing politik identiti
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat
[VIDEO] Khaled Nordin lekeh Bersatu macam budak-budak, banyak mana pengalaman dia dengan saya?