PAS masih jadi rebutan, Idris persoal pihak yang mahu kerjasama

November 23, 2026 · Politik

PAS masih mempunyai nilai politik yang besar meskipun berdepan pelbagai kritikan dan persepsi negatif, termasuk dakwaan parti itu semakin kehilangan sokongan masyarakat.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, perkara itu dapat dilihat apabila parti berkenaan masih menerima pelawaan daripada pihak tertentu untuk meninggalkan rakan politik sedia ada dan menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Menurutnya, keadaan itu menimbulkan persoalan terhadap dakwaan pihak yang sebelum ini menganggap PAS tidak lagi relevan dalam landskap politik negara.

“Kalau PAS sudah tidak laku, mengapa pula bersungguh-sungguh mahu mempelawa PAS?” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Beliau berkata, PAS sebelum ini sering dikaitkan dengan pelbagai persepsi negatif, termasuk dianggap mengamalkan fahaman Islam konservatif, tidak menerima perubahan zaman serta didakwa tidak mendapat tempat dalam kalangan golongan profesional dan cerdik pandai.

Malah, parti itu turut berdepan pelbagai label dan tuduhan yang menggambarkan PAS sebagai sebuah parti yang semakin terpinggir dalam politik negara.

Bagaimanapun, Idris melihat pelawaan kerjasama politik yang diterima sebagai sesuatu yang bercanggah dengan gambaran negatif tersebut.

“Yang peliknya, semalam PAS dikutuk, hari ini PAS pula dipujuk,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan PAS tidak pernah menjadikan pujian atau pelawaan daripada mana-mana pihak sebagai ukuran kekuatan politik parti itu.

Sebaliknya, beliau menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sendiri perjuangan dan kedudukan PAS berdasarkan rekod serta pendekatan politik yang dibawa selama ini.

“Biarlah rakyat menjadi hakim terhadap perjuangan PAS,” katanya.

Berita berkaitan
PH Negeri Sembilan desak kemelut politik diselesaikan segera
November 23, 2026· Politik
SPR daftar hampir 42,000 pengundi baharu pada Oktober
5 jam lalu· Isu semasa
Saarani: Belum ada keperluan bubar DUN Perak
6 jam lalu· Politik
Penempatan Rohingya: AMK persoal pengumuman Zahid
10 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Bekas pegawai khas Najib, aktivis UMNO diperintah bayar RM433,000 kepada pendakwah
6 jam lalu · Politik
Pembubaran DUN bukan jaminan krisis Negeri Sembilan selesai: Laporan
10 jam lalu · Politik
Johari tegur menteri gagal jawab soalan Ahli Parlimen
11 jam lalu · Politik
Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi
November 22, 2026 · Politik
Ismail Lasim dirawat di hospital, keadaan semakin pulih: Bernama
November 22, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok