Bekas Pengerusi DAP Sabah, Frankie Poon Ming Fung.
Bekas Pengerusi DAP Sabah, Frankie Poon Ming Fung mengejutkan ramai dengan mengumumkan peletakan jawatannya daripada Parti Tindakan DAP pada Sabtu.
Keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Papat itu turut disertai bersama bekas Setiausaha Organisasi DAP Sabah, Liau Fui Fui yang menyifatkan tindakan tersebut dibuat selepas mengambil kira semua pertimbangan berhubung masa depan mereka bersama parti itu.
“Keputusan ini dibuat selepas menilai secara teliti pelbagai perkembangan dalaman parti sejak kebelakangan ini,” jelas kenyataan kedua-dua pemimpin DAP tersebut.
Mereka seterusnya mendedahkan punca perselisihan, dengan mendakwa wujudnya agenda tersembunyi dalam parti.
“Kami melihat dengan jelas tindakan tersirat daripada kepimpinan tertentu yang menunjukkan wujudnya agenda tersembunyi untuk menggantikan kepimpinan sedia ada di Tanjung Papat tanpa sebarang rundingan atau perbincangan rasmi,” kata mereka.
Isu ketidakseimbangan hala tuju parti juga ditekankan dan kedua-dua mereka mendakwa DAP Sabah kini cenderung untuk meminggirkan pemimpin veteran.
“Ini menunjukkan kurangnya penghargaan terhadap pemimpin lama yang telah sekian lama berkorban untuk parti.
“Kami berpendapat bahawa dalam mana-mana organisasi, perlu ada struktur kepimpinan yang seimbang antara atasan dan akar umbi,” tegas kenyataan itu lagi.
Berhubung isu tersebut, Pengerusi DAP Sabah, Phoong Jin Zhe, menyatakan parti menghormati keputusan mereka.
“Kami merakamkan penghargaan atas khidmat serta sumbangan mereka sepanjang bersama parti dan kepada rakyat Sabah. Kami mengucapkan selamat maju jaya dalam segala usaha mereka pada masa hadapan,” katanya.
Rayuan Majlis Peguam cabar pengampunan Najib diputuskan 7 Januari: Bernama
AGC: Kerajaan Negeri Sembilan tiada kuasa gantung dua pegawai kanan
Sivamalar soal Akmal: Kenapa diam isu Istana Negeri Sembilan?
Krisis Negeri Sembilan: MB umum dua pegawai kanan digantung tugas
Pembatalan lantikan Exco Negeri Sembilan sah, ada asas Perlembagaan: Peguam
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum