Kes rogol pelajar: Kertas siasatan sudah dihantar ke pendakwa raya

October 15, 2025 · Isu semasa

Kertas siasatan kes rogol membabitkan empat pelajar lelaki Tingkatan Lima terhadap seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di daerah ini telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk penilaian dan tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Melaka, Dzulkhairi Mukhtar, mengesahkan siasatan telah diselesaikan sepenuhnya dan pihaknya kini sedang menunggu keputusan daripada DPP berhubung pertuduhan terhadap kesemua suspek yang terlibat.

“Kertas siasatan sudah disiapkan dan dilengkapkan. Kita menunggu arahan daripada DPP sama ada untuk menuduh kesemua mereka minggu ini atau sebaliknya,” jelas Dzulkhairi semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, pada Rabu.

Menurut laporan media terdahulu, kejadian menyayat hati itu berlaku di dalam sebuah kelas di sebuah sekolah di Alor Gajah, pada 2 Oktober lepas.

Difahamkan, perbuatan terkutuk itu turut dirakam menggunakan telefon bimbit oleh dua orang suspek.

Insiden tersebut akhirnya terbongkar selepas ibu mangsa dimaklumkan oleh guru sekolah mengenai kewujudan dan penyebaran sebuah video kejadian itu, seterusnya mendorong beliau untuk membuat laporan polis.

Berdasarkan siasatan, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan.

Keempat-empat suspek yang ditahan telah direman bermula Sabtu lalu dan tempoh reman mereka akan berakhir pada Khamis ini.

Berita berkaitan
Kes tender PDRM: Saksi dedah bekas pegawai Hamzah rasa kecewa berhubung bayaran RM2 juta
July 23, 2026· Isu semasa
Festival Sungai Melaka cipta dua rekod Malaysia Book of Records
July 22, 2026· Isu semasa
PDRM mohon Interpol keluar notis merah jejak Tamim Dahri
July 15, 2026· Isu semasa
Akmal pertahan keputusan kekal sebagai Exco Melaka
July 15, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
MCMC perkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi Program MADANI Kita
July 25, 2026 · Isu semasa
Tiada pemimpin boleh hina mana-mana kaum, PM ingatkan Sanusi
July 25, 2026 · Isu semasa
Anwar yakin Kabinet setuju dedah laporan RCI Tabung Haji
July 25, 2026 · Isu semasa
MCMC siasat kandungan hina Islam di Facebook
July 25, 2026 · Isu semasa
Tarif AS tidak setinggi negara lain, rundingan akan tetap diteruskan: PMX
July 24, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] PH komited perkasa kebajikan rakyat Jeram Padang
July 27, 2026
[VIDEO] Politik kebencian dan sentimen perkauman tak selesaikan masalah rakyat
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok