MCMC perketat pendaftaran kad sim, had dua nombor sahaja

October 22, 2025 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bakal melaksanakan dasar baharu yang lebih ketat bagi pendaftaran kad SIM prabayar, dengan had maksimum hanya dua nombor untuk setiap pembekal perkhidmatan telekomunikasi (telco) bagi warganegara Malaysia.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, yang berkata langkah itu dijangka berkuat kuasa pada suku pertama tahun hadapan.

Ujarnya, garis panduan semasa yang membenarkan sehingga lima nombor prabayar bagi setiap telco telah membuka ruang kepada penyalahgunaan.

“Ini bermaksud, seseorang boleh mempunyai lima nombor daripada Maxis, lima daripada Celcom, lima daripada Digi, lima daripada U Mobile dan lima daripada YTL, menjadikan jumlah yang agak besar untuk satu individu,” jelas Teo pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat.

Beliau menekankan bahawa cadangan baharu itu, yang kini dalam peringkat siasatan awam, akan mengehadkan rakyat Malaysia kepada hanya dua nombor prabayar bagi setiap syarikat telco.

Manakala untuk warga asing, had yang lebih ketat dikenakan iaitu hanya dua nombor prabayar secara keseluruhan, tanpa mengira pembekal perkhidmatan.

“Dengan mengetatkan garis panduan ini, pihaknya berharap ia dapat mengurangkan penyalahgunaan kad sim prabayar yang sering digunakan untuk mendaftar akaun media sosial bagi tujuan penipuan, penyebaran maklumat palsu atau ugutan,” ujarnya lagi.

Siasatan awam berkenaan dijangka selesai pada hujung November ini.

“MCMC menyasarkan garis panduan baharu dapat dikuatkuasakan pada suku pertama tahun depan,” tambahnya.

Langkah proaktif ini diharap dapat membendung aktiviti jenayah siber yang semakin berleluasa.

Berita berkaitan
Lebih 40,000 kandungan buli diturunkan, 55 kandungan jelik libatkan kanak-kanak
November 26, 2026· Isu semasa
99.5 peratus sekolah seluruh negara sudah diliputi rangkaian 4G
November 26, 2026· Isu semasa
Kerajaan teliti had umur penggunaan platform permainan dalam talian
November 26, 2026· Isu semasa
ONSA beri tumpuan kepada pencegahan buli siber dan penipuan dalam talian
2 jam lalu· Rencana
Lagi Isu semasa terkini
KDN buru individu berprofil tinggi dalam sindiket dadah TUDM
November 26, 2026 · Isu semasa
Anwar: Rasuah sudah jadi masalah sistemik, tindakan tegas perlu diteruskan
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS, pelabur beralih kepada aset selamat
2 jam lalu · Isu semasa
AKPS catat rampasan RM322 juta dalam tempoh 10 bulan
2 jam lalu · Isu semasa
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok