Anwar gesa Trump terus perjuang keamanan di Gaza

October 26, 2025 · Isu semasa

Anwar Ibrahim menggesa Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, supaya kekal teguh dengan komitmennya dalam memperjuangkan keamanan di wilayah-wilayah bergolak di seluruh dunia, termasuk di Semenanjung Gaza.

Perdana Menteri mengiktiraf usaha Trump dalam mempromosikan keamanan, menekankan pemimpin AS itu perlu terus memberikan tumpuan ke arah mencapai keamanan yang menyeluruh dan berkekalan.

“Saya benar-benar gembira, Tuan Presiden, apabila mendengar sendiri daripada anda betapa tekadnya anda untuk memastikan keamanan dicapai di kawasan paling sukar,” ujar Anwar selepas bersama-sama Trump menyaksikan pemeteraian Perjanjian Damai KL antara Thailand dan Kemboja, di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

Perdana Menteri turut berkongsi pengalaman uniknya menaiki kenderaan rasmi presiden AS, “The Beast”, bersama Trump selepas ketibaan pemimpin itu.

“Apabila Presiden tiba, beliau meminta saya menaiki kereta bersamanya. Saya kata perkara itu bertentangan dengan peraturan keselamatan. Namun, beliau dengan senang hati melanggar peraturan itu,” ujarnya.

“Saya juga mesti berkongsi dengan anda bahawa saya mengambil peluang itu sepenuhnya, tanpa pengetahuan Setiausaha Negara AS Marco Rubio, untuk membincangkan isu-isu lain juga,” tambahnya.

Lawatan Trump ke Malaysia ini menandakan kunjungan pertama seorang presiden AS ke negara ini dalam tempoh sedekad, dan merupakan lawatan sulung ke Malaysia.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan sidang-sidang kemuncak berkaitan yang bermula hari ini dijangka berakhir pada 28 Oktober, dengan beberapa deklarasi bersama akan menggariskan keutamaan rantau ini terhadap keamanan, kemakmuran dan pertumbuhan mampan.

Berita berkaitan
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
October 24, 2026· Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
October 24, 2026· Politik
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
October 24, 2026· Isu semasa
Anwar: Ekonomi meningkat, masalah kos sara hidup rakyat tak diabaikan
October 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pengguna Waze dedah paparan data yang disimpan, cetus persoalan privasi
4 jam lalu · Isu semasa
Fahmi umum bantuan untuk dua wartawan kemalangan
7 jam lalu · Isu semasa
Dalang kapal bawa dadah RM785 juta dikenal pasti, polis buru suspek
7 jam lalu · Isu semasa
Sultan Selangor: Teguran demi rakyat, bukan pertelingkahan
10 jam lalu · Isu semasa
Penipuan dalam talian: Selangor catat kerugian tertinggi
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok