Malaysia bebas tarik diri daripada perjanjian dengan AS, tak terikat: Anwar

October 30, 2025 · Isu semasa

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menegaskan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART 2025) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) mengandungi klausa keluar yang membolehkan Malaysia menamatkan atau menarik diri daripada perjanjian itu secara sah pada bila-bila masa.

Penjelasan itu dibuat bagi menjawab kritikan dan dakwaan perjanjian berkenaan mengikat dan melemahkan negara, malah Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Jemaah Menteri turut memberikan perhatian serius terhadap klausa penting ini.

“Saya tidak meminta saudara (Ahli Parlimen) untuk berterima kasih, tetapi jangan mengutuk seolah-olah kita ini boneka AS. Mana mungkin kita boleh bercakap sedemikian rupa,” kataAnwar semasa sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

Menurut Anwar, perjanjian yang ditandatangan itu mempunyai syarat ‘exit clause’, ia akan memberi kebebasan kepada Malaysia untuk menarik diri sekiranya terdapat pertikaian pada masa depan.

“Tetapi perjanjian perdagangan ini semuanya ada ‘exit clause’. Kenapa kita tandatangani juga? Ini kerana kita memerlukan pelaburan dan perdagangan yang tinggi dengan AS, namun soal menyerah (kepada AS) itu tidak timbul langsung,” ujarnya.

Kenyataan itu sebagai respons kepada soalan tambahan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) yang mendakwa terdapat 40 klausa mengikat dan menyamakan perjanjian itu sebagai satu bentuk penjajahan baharu.

Anwar seterusnya menggesa semua pihak, terutamanya pembangkang, agar tidak berprasangka negatif dan sebaliknya mengkaji butiran perjanjian secara menyeluruh.

“Bila kita baik dengan China juga diserang, nampak baik dengan AS juga tidak boleh, jadi nak baik dengan negara mana? Kelantan dan Kedah sahaja? Saya rayu rakan-rakan, ini soal negara,” ujarnya.

Beliau menekankan komitmennya yang tinggi untuk memastikan negara mendapat manfaat daripada hubungan antarabangsa.

“Saya bukan muda lagi, saya kerja sedaya upaya untuk dapat perhatian negara penting untuk faedah serta masa depan negara,” katanya.

Berita berkaitan
Anwar minta Loke fikir semula keputusan letak jawatan
4 jam lalu· Politik
Anwar luah terkilan, krisis adat Negeri Sembilan masih berlarutan: Laporan
4 jam lalu· Isu semasa
Johari: Tiada usul undi tidak percaya diterima di Dewan Rakyat
7 jam lalu· Politik
MP Pendang tarik balik kenyataan fitnah terhadap Anwar, kes saman selesai
8 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
RM33.4 juta bunga ganja dirampas, 12 ditahan: Polis Selangor
3 jam lalu · Isu semasa
Remaja kes tikam sekolah Bandar Utama mahu kematian beramai-ramai, mahkamah diberitahu
4 jam lalu · Isu semasa
Kes 43 barang kemas: Global Royalty boleh tuntut RM67.5 juta daripada Rosmah
4 jam lalu · Isu semasa
Dua pengarah Mandiri ditahan bantu siasatan AMLA
7 jam lalu · Isu semasa
Gempa Batu Pahat, gegaran dirasai di enam kawasan sehingga ke Putrajaya
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok